Kantin sekolah adalah tempat pertama anak-anak belajar untuk membeli makanan dengan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa mereka. Sebut sahaja kantin, pasti kita terkenang banyak memori manis masa di alam persekolahan. Mana tidaknya, kita boleh membeli macam-macam jenis makanan yang di jual seperti laksa, nasi lemak, nasi ayam, keropok lekor dan sebagainya.
Tapi pernahkah ibu bapa sendiri mengambil tahu apa yang anak-anak mereka makan ketika di sekolah? Pasti sukar bukan?
Anak-anak kita sepatutnya mendapat pendedahan yang secukupnya tentang kepentingan makanan sihat dan pilihan yang tepat dalam pengambilan makanan seharian. Selain pihak sekolah, ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk memastikan apa yang patut dan tidak patut dijual di sekolah.
Mengikut perkongsian pengguna Facebook Azimah Zainal yang menyertai pelancaran kempen #sukusukuseparuh peringkat negeri Melaka, terdapat 12 jenis makan yang dilarang.
1. Makanan diproses termasuk sebarang penyedian makanan yang mengandungi produk ini.
2. Gula-gula dan coklat.
3. Makanan yang telah dijeruk samada masam, masin atau manis, basah atau kering.
4. Makanan dan minuman yang melampaui tarikh luput.
6. Makanan ringan.
7. Makanan yang berkrim atau bersalut gula.
11. Teh dan kopi.
12. Minuman tenaga, isotonic, botanic, berkarbonat atau jus buah komersial.
Mengikut Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat terdapat beberapa makanan dilarang dijual yang sudah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajar Malaysia (KPM).
Ini pula adalah seleksi makanan yang melambangkan kantin sihat:
1. Menjual sekurang-kurangnya tiga jenis buah-buahan segar.
Ini pula adalah seleksi makanan yang melambangkan kantin sihat:
1. Menjual sekurang-kurangnya tiga jenis buah-buahan segar.
2. Menyediakan atau menjual air kosong atau air mineral.
3. Menjual hidangan ayam yang dibuang kulit atau daging yang dibuang lemak.
4. Kurang 50 peratus makanan utama yang dijual adalah terlalu berminyak atau berlemak.
5. Menjual sekurang-kurangnya tiga jenis hidangan sayur atau ulam, atau menggunakan sayur dalam hidangan.
Untuk menangani risiko obesiti di kalangan murid sekolah, ibu bapa rajin-rajinlah untuk memeriksa apa yang dijual di kantin sekolah anak anda. Pendedahan yang lebih awal terhadap pemakanan baik mampu membentuk generasi muda yang lebih sihat, bebas penyakit kronik serta berkeyakinan tinggi.
Sumber: Azimah Zainal