12 Senarai Peserta Big Stage Musim 3 (2020) Dominasi BBNU Norma Baharu

Program Big Stage kembali di musim ketiga di tahun 2020, yang mana Big Stage merupakan pertandingan nyanyian yang menampilkan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) yang terdiri daripada penyanyi baru yang telah berada di dalam industri.  
Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 Pada Skala Norma Baharu, musim ketiga ini menyaksikan persaingan sengit lapan peserta lelaki dan empat bintang wanita. 



Jadi jom kita selongkar, peserta-peserta yang bakal berentap dalam rancangan Big Stage Musim 3 (2020) kali ini 

1. Amir Hasan
Popular dengan lagu Bicaramu yang kerap diputarkan di corong radio. Amir merupakan artis baharu di bawah label Warner Music Malaysia. Viral di Twitter 'abang vape suara sedap' sewaktu menyanyikan lagu Akad.
2. Azzam Shah
Penyanyi bersuara lantang ini pernah muncul dalam siri Oh My English! jadi tidak hairanlah kelibatnya seperti pernah dengar sebelum ini.

  

3. Dinie Rashid 

Dia merupakan peserta OKU penglihatan di #BigStage2020 kali ni. Tapi suara mantap gais!

Trivia
ajli aktif Malaysian association for the Blind (MAB)
Juga Seorang motivator
Pertially blind (hanya dapat nampak 20% sahaja)
penglihatan mula kabur sejak umur 9 tahun.


4. Fadh Majid
Muhd Fadhlullah Abd Majid (lahir 19 Disember 1993) atau lebih dikenali sebagai Fadh Majid adalah merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu di Malaysia.

5. 

5. Farisha Iris 
Farisha Iris Asmadi (lahir 25 April 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau ialah naib juara Idola Kecil 4 dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar.

6. Hafiz Zainal

Dr. Muhammad Hafiz Zainal (lahir 1 Julai 1992) merupakan seorang doktor gigi dan penyanyi Malaysia.

7. Hanie Soraya 
Mula terkenal dengan lagu Hujung Dunia (2014)
Merupakan artis baharu dibawah naungan Faithful Music
Tamat pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Mansoura, Mesir
Pencinta haiwan, sewaktu kecil bercita-cita menjadi vaterina namun ibu tidak bersetuju.


8. Nana Sheme
Pelantun suara bagi lagu hantu atau buaya, Ragu-ragu ini bukan calang-calang.


9. Qody Rany
Rossaidi Abdul Rani (lahir 21 September 1994) atau lebih dikenali sebagai Qody Rany adalah merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Pernah menduduki tempat kedua dalam program realiti Mentor Milenia protege kepada Black.


10. Sandra Dianne 

Alessandra Dianne Ampuria (16 September 1994 – 11 September 2020) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai peserta Mentor Legend, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya "Hey! Kau".


11. Usop (Mentor)
Dikenali kernana pernah meraih tempat naib juara rancangan Mentor Milenia 2017 ini pasti memberikan saingan dalam rancangan BigStage kali ini.


12. Yamani Abdillah
Merupakan anak kepada penyanyi popular Malaysia, Jamal Abdillah disamping bergelar seorang pelajar diploma jurusan muzik.

Host
Alif Satar dan Sherry Al Hadad akan mengamatkan lagi program tersebut sebagai pengacara untuk 3 musim berturut-turut.


Juri
3 juri yang akan mengadili para peserta adalah Ajai, Dayang Nurfaezah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap. Manakala setiap minggu akan diundang khas untuk juri jemputan yang turut serta mengadili persembahan peserta Big Stage 2020.

Suara Netizen
Bagi merancakkan lagi musim kali ini, Big Stage 2020 memperkenalkan Presiden Netizen bagi mewakili suara-suara netizen di laman sosial membabitkan penampilan Neelofa, Caprice dan Michael Ang yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.


Hadiah
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Waktu Siaran
Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). 

Jika musim sebelum ini iaitu bagi musim pertama dan musim kedua, masing-masing telah dimenangi oleh Sarah Suhari dan juga Han-Byul. Siapa pula yang bakal menggondol gelaran juara untuk musim ketiga ini? sama-sama kita nantikan. 

GRAND FINALE
Tanggal 4 Oktober 2020 telah berlangsung Grand Finale Big Stage Musim 3 menyaksikan 5 finalis berentap merebut tempat.

Juara Big Stage 2020, Azzam Sham (tiga dari kiri), bersama Usop (naib juara), Qody Rani (tempat ketiga), Dinnie Rashid (tempat keempat) dam Fadh Majid (tempat kelima).



Juara: Azzam Sham (RM 100,000 dan Trofi)
Naib Juara: Usop (RM 50,000 dan Trofi)
Tempat Ketiga: Qody Rany (RM 25,000 dan Trofi)
Tempat Keempat: Dinie Rashid (RM 10,000 dan Trofi)
Tempat Kelima: Fadh Majid (RM 5,000 dan Trofi) 

Pada masa sama, Dinie Rashid pula dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak untuk konsert separuh akhir dan Azzam Sham untuk minggu akhir.

Klik pautan dibawah Untuk Melihat Senarai Peserta Big Stage Musim terdahulu





 
Kredit : Gempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post