12 Barisan Peserta Big Stage Musim 4 (2022) BBNU Kembali Menggegarkan Pentas

Program realiti hiburan Big Stage kembali menghangatkan industri hiburan bagi musim keempat. Selain bintang tempatan, Big Stage 2022 (BS4) kali ini kembali meneruskan penyertaan dari negara luar iaitu Indonesia dan Brunei.

Program realiti ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian menampilkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri seni hiburan sehingga mampu meraih populariti luar biasa di ruang digital khususnya menerusi platform media sosial.


Seramai 12 peserta bakal bersaing bagi merebut gelaran juara dalam program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) itu. 

Inilah dia barisan BBNU Big Stage Musim 4! Jom kita selongkar

1. Aisha Retno
Nama: Aisha Retno
Tarikh Lahir: 1 Ogos 2000
Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kareer: Penyanyi dan Pelajar

Trivia
Ibunya, Jean Retno Aryani, seorang penyanyi Indonesia era 80'an
Mempunyai darah kacukan Indonesia (Ibu dan Malaysia (bapa)
Mempunyai seorang adik, Radityo yang juga seorang penyanyi.

 

2. Ajoi Zainal
Nama: Ajoi Zainal
Tarikh Lahir: 12 Mac 1998
Umur: 24 tahun
Asal: Sungai Udang, Klang
Kareer: Penyanyi dan TikToker

Trivia
Pernah dikenali dengan nama Qaidzul
Mula dikenali umum selepas menyertai program All Together Now Malaysia, musim pertama.
Pencipta kandungan kreatif, Tiktoker aktif
Viral di Indonesia


3. Danial Chuer
Nama: Danial Chuer
Tarikh Lahir: 3 April 2001
Umur: 21 tahun
Asal: Tawau, Sabah
Kareer: Penyanyi dan Pelajar

Trivia
Juara program Idola Kecil (Musim 6), dan Idola Kecil Ultra
Guru vokal di YAMAHA Studio, Tawau
Menyambung pelajaran di UiTM dalam bidang muzik, (Majoring in Modern Piano)


4. Elica Paujin
Nama: Elica Paujin
Tarikh Lahir: 20 November 1999
Umur: 23 tahun
Asal: Tambunan, Sabah
Kareer: Penyanyi

Trivia
Juara program 'STARISER' 2020
Pernah menyertai Kem Muzik Kebangsaan bersama Ajoi Zainal
Peminat K-POP
Bercita-cita untuk menjadi seorang Guru, seperti kedua orang tuanya


5. Lia Aziz
Nama: Lia Aziz
Tarikh Lahir: 27 Januari 2003
Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kareer: Penyanyi

Trivia
Aktif menyanyikan cover di Instagram sejak berumur 13 tahun
Mula popular selepas single pertama 'KUCU-KUCA' mendapat perhatian umum
Sedang menuntut di ASWARA
Alergik makanan laut


6. Megat Rahim
Nama: Megat Rahim
Tarikh Lahir: 28 April 2002
Umur: 20 tahun
Asal: Sungai Buloh, Selangor
Kareer: Penyanyi

Trivia
Pernah menyertai ujibakat Big Stage musim pertama (2018), tetapi tidak layak kerana masih dibawah umur (16 tahun).
Mahu memperjuangkan genre pop jazz
Dikatakan mempunyai wajah iras Bruno Mars dan Rami Malek.


7. Sofiaa Marieylla
Nama: Sofia Marieylla
Tarikh Lahir: 1 Ogos 2000
Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kareer: Penyanyi

Trivia
Bermula dengan perniagaan kosmetik sebagai agen dan stokis. Nama pasukan Team Jerung
Dikenali selepas viral di TkTok Jerung Merah
Aktif bersama Kumpulan Jerung Merah


8. Tuah Adzmi
Nama: Tuah Adzmi
Tarikh Lahir: 7 September 1998
Umur: 24 tahun
Asal: Ampang, Selangor
Kareer: Penyanyi

Trivia
Pernah 3 kali mencuba ujibakat Big Stage (2019, 2020, 2021)
Pernah bekerja sebagai buruh kasar sebelum bergelar penyanyi
Lagu 'Raja Di Hati' adalah lagu ciptaan sendiri.


9. Yazmin Aziz
Nama: Yazmin Aziz
Tarikh Lahir: 10 Oktober 2021
Umur: 21 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kareer: Penyanyi dan TikToker

Trivia
Popular di TikTok mengajar pengikut Bahasa Tagalog
Lahir di Malaysia, ibu dan ayah berasal dari Filipina
Pernah tinggal di Filipina selama 7 tahun
Pemenang pingat perak WCOPA


Sementara itu, penyanyi popular Tegar Septian mewakili Indonesia dan Syafiq Abdilah mewakili negaranya, Brunei.

10. Syafiq Abdilah
Nama: Syafiq Abdillah
Tarikh Lahir: 4 November 1999
Umur: 23 tahun
Asal: Brunei Darussalam
Kareer: Penyanyi

Trivia
Meminati genre jazz
Pernah melupakan hasrat untuk jadi juru terbang kerana buta warna
Ada hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Seniman Aziz Jaafar dan Allahyarhamah Seniwati Normadiah


11. Tegar Septian
Tarikh Lahir : 18 September 2001
Umur : 21 Tahun
Asal : Jawa Barat, Indonesia
Terkenal dengan Single hit "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang"




Kejutan Di pentas konsert pertama apabila kemunculan Iqbal Zulkefli sebagai peserta BigStage yang ke 12.

12. Iqbal Zulkefli


Juri tetap
BS4 sekali lagi menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap di samping komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.
 
Pengacara
Alif Satar dan Sherry Alhadad

Tarikh Tayangan
Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 6 Februari ini.

 

GRAND FINALE
Tanggal 27 Mac 2022 telah berlangsung Grand Finale Big Stage Musim 3 menyaksikan 5 finalis berentap


Juara Big Stage 2022 - Elica Paujin (Trofi Big Stage + RM100,000)
Naib Juara Big Stage 2022 - Daniel Chuer (Trofi Big Stage + RM50,000)
Tempat Ketiga Big Stage 2022 - Aisha Retno ( Trofi Big Stage + RM25,000)
Tempat Keempat Big Stage 2022 - Yazmin Aziz (Trofi Big Stage + RM15,000)
Tempat Kelima Big Stage 2022 - Tegar Septian (Trofi Big Stage +RM10,000)



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post