Apabila kita pergi ke sesuatu premis perniagaan, terdapat premis yang menggunakan Kod QR Selangkah ada juga yang menggunakan MySejahtera App bagi tujuan mengesan rekod log pelanggan.
Sesuai tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang berwibawa, pengesahan kod QR adalah bertujuan menunjukkan anda sihat dan tidak mengalami sebarang gejala Covid19, Tiada kontak dengan pesakit kes Covid19. Serta bersetuju dengan kenyatan priivasi membenarkan pengumpulan maklumat anda untuk pengesanan kontak Covid19
Jadi. bagaimana untuk caranya untuk Peniaga premis nak Buat Kod QR MySejahtera bagi tujuan pengesanan pelanggan?
Jom kita start. Langkah pertama korang kena buat carian di Google dengan menaip MySejahtera Check-In
1. Klik pautan paling atas atau klik sahaja di sini
2. Masukkan no telefon bimbit anda
3. Anda akan menerima SMS dan masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS tersebut dan masukkan di ruangan di bawah.
4. Masukkan butiran peribadi dan perniagaan anda termasuk alamat premis.
5. Siap. Anda sudah boleh cetak kod QR MySejahtera dan pamerkan di pintu masuk premis anda untuk para pelanggan imbas.
Semoga bermanfaat
Sumber: MySejahtera