5 Lokasi Air Terjun Best Yang Tak Jauh Dari Kuala Lumpur..!!!

Mungkin ramai di antara anda yang tidak tahu tentang lokasi air terjun yang menarik dan berdekatan dengan ibu kota bukan?

Tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa lokasi air terjun yang menarik dan berhampiran dengan Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu.

Tak perlu jauh-jauh, anda boleh tiba di lokasi air terjun ini dengan anggaran masa kurang dari satu jam!

Untuk itu, kami kongsikan lokasi air terjun yang berhampiran dengan Kuala Lumpur:

1. Air Terjun Sungai Tekala
Lokasi : Hulu Langat, Selangor.


Air terjun ini terletak di Hutan Rekreasi Sungai Tekala, Hulu Langat. Ia merupakan antara salah satu lokasi air terjun yang paling popular di Selangor. Jika anda berkunjung pada hujung minggu, suasana di sana pasti meriah dengan kehadiran keluarga yang datang untuk berkelah. Air terjun ini juga dikatakan sesuai untuk kanak-kanak kerana aliran airnya yang tidak begitu deras.

Teruskan Selongkar...




2. Air Terjun Sungai Gabai
Lokasi : Hulu Langat, Selangor.

 
Air terjun ini antara yang popular di Hulu Langat kerana kemudahan bergerak dengan kenderaan. Anda tidak perlu risau untuk memandu ke sini. Selain dilengkapi kemudahan surau dan tandas, Air Terjun Sungai Gabai ini dikenali dengan air terjunnya yang bertingkat. Semakin tinggi anda pergi, semakin dalam air terjunnya dan semakin cantik pemandangannya.

3. Air Terjun Sungai Tua
Lokasi : Ulu Yam, Selangor.


Lokasi air terjun ini amat sesuai bagi anda yang ingin berkelah bersama keluarga. Selain tempatnya yang tidak jauh dari bandar, air terjun ini juga sesuai untuk anak kecil dan tidak merbahaya. Namun anda dinasihatkan untuk tidak berkunjung di sini sekiranya waktu hujan lebat kerana arus air akan semakin deras.

4. Air Terjun Kemensah
Lokasi : Sungai Kemensah, Kuala Lumpur


Air terjun Kemensah ini merupakan antara air terjun yang paling selesa dan menarik untuk dikunjungi. Selain lokasinya yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara, air terjun ini juga dilengkapi dengan kemudahan chalet. Jadi bagi anda yang merancang untuk bermalam di sana, boleh menginap di chalet tersebut. Air terjun ini juga terkenal dengan kebersihan kawasannya, jadi anda tidak perlu risau tentang keselesaan ketika bermalam di sana.

5. Air Terjun Kanching
Lokasi : Rawang, Selangor

 

Air terjun ini terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor. Lokasi air terjun ini amat sesuai untuk aktiviti berkeluarga seperti family day kerana terdapat kawasan lapang untuk anda lakukan sebarang aktiviti riadah seperti sukaneka. Selain dilengkapi dengan ruang persalinan dan tandas yang selesa, di sekitar kawasan ini juga terdapat gerai jualan makanan ringan.

Sumber : Vocket, astrogempak
Olahan : Izzat Ridzwan

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post