10 Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza (2017)..!!!

Pertama kali melihat iklan rancangan ini di astro oasis saya terfikir, ada perkataan gegar vaganza, tapi mengapa iklannya di astro oasis? Persoalan saya terjawab apabila saya melihat iklan Gema Gegar Vaganza yang seterusnya. Ada menampilkan beberapa artis nasyid dan beberapa artis yang pernah menyanyikan lagu berkonsepkan kerohanian / ketuhanan.


Gema Gegar Vaganza


Lebih menambahkan elemen kejutan (bagi saya) apabila salah seorang pengacaranya adalah penyanyi yang pernah menjuarai Gegar Vaganza iaitu Siti Nordiana (berganding dengan Achey & Fikry Lawak Solo)! Baiklah jom kita kenali semula artis-artis yang terlibat dalam rancangan realiti Gema Gegar Vaganza musim pertama (2017) di Astro Oasis ini; yang sebenarnya sudah lama dalam bidang nyanyian.

Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, 9 malam. Selama 8 minggu secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras. Melibatkan 10 artis (empat artis berkumpulan, 6 orang penyanyi solo). GGV dihoskan oleh Siti Nordiana, Achey dan Fikry Lawak Solo.

Teruskan Selongkar..

Senarai para peserta Gema Gegar Vaganza 2017 adalah:

1. Kumpulan UNIC



UNIC ditubuhkan pada tahun 2002 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah), terdiri daripada 4 orang namun kini anggota yang masih kekal cuma Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli), dan ditambah dua anggota baru mereka adalah Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin (juga dulu merupakan peserta Akademi Al-Quran dan kini pengacara NLKO di tv9) serta Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi). 


Antara lagu popular mereka adalah Hanya Tuhan Yang Tahu dan Demi Cinta Suci.

- Instagram UNIC officials
- Faceboook UNIC officials


2. Kumpulan Hijjaz



Kumpulan Hijjaz ditubuhkan pada 1997. Namun sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun. Kini dianggotai oleh 4 orang ahli Iaitu Munif, Isman, Faizal dan Ariffin (pada 2001, salah seorang ahli kumpulan Hijjaz iaitu Salleh telah meninggal dunia. Kemudian mereka telah menerima anggota baru; Ariffin). Antara lagu popular Hijjaz adalah Rindu dan Rasulullah.


- Instagram Hijjaz
- Facebook Hijjaz



3. Kumpulan Saujana 

Ditubuhkan pada 1997 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah). Juga awalnya ada mempunyai ahli anggota kumpulan lain. Kini dianggotai 4 orang ahli, yang masih kekal adalah Azalinor dan Suffian (Juga DJ di IKIM.fm) dan dua ahli lain adalah Najer dan Adi. Antara lagu popular mereka Keluarga Bahagia dan Suci Sekeping Hati.

- Intsagram Saujana Official
- Facebook Saujana Official



4. Kumpulan Mirwana



Aktif sejak tahun 1996 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah). Dianggotai oleh Akmal, Izzat, Hafiz, Along, Ikram, Naim. Pernah dianggotai oleh Faizal Tahir satu ketika dulu. Antara lagu popular mereka adalah Hikmah Kembara dan Aku Tanpa Cintamu.
- Instagram Mirwana Official
- Facebook Mirwana


5. Wani

Nama sebenarnya NurSyazwani Selamat dan lahir pada 6 Jun 1995 di Batu Pahat Johor. Lagu popularnya adalah Alhamdulillah dan Lepaskanlah. Kedua-duanya berduet dengan Juzzthin.

- Instagram Wani
- Facebook Official Wani
- Youtube Wani6697

6. Ana Raffali




Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali. Lahir pada 1985. Sudah berkahwin. Juga seorang yang pandai bermain gitar (pernah menang AJL), ada menulis buku dan merupakan seorang guru. Antara lagu popular beliau adalah Tolong ingatkan aku dan Kalau Berpacaran (berduet dengan (Suhaimi Meor Hassan & Altimet).

- Instagram Ana Raffali
- Facebook Ana-Raffali


7. Bienda
 
Nor Razlinda binti Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi (pernah popular dengan lagu Penantian dan pernah menganggotai kumpulan nasyid wanita, Solehah), pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah anak kedua daripada tiga adik beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an iaitu Sheeda.

Bienda telah dilahirkan pada 22 November 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Disamping itu, beliau juga digelar oleh peminatnya iaitu Bienda Lovers sebagai Puteri Pop Etnik disebabkan mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik.
- Instagram Bienda
- Facebook Bienda


8. Azmi Caliph Buskers

Kumpulan ini sering busking di Masjid Jamek area Sogo. Namun mula dikenali ramai ketika Edry Kru membawa mereka mengantikan kumpulan Mojo di AJL 29. Dan persembahan mereka menerusi Roman Cinta mendapat standing ovation. Dan Khairul Azmi Mohd. Saat (Azmi), vokalis Caliph Buskers (juga bassist) akan menyertai Gema Gegar Vaganza. 

Antara lagu popular mereka adalah Hanya Nama-Mu. Dan lagu barunya bersama Edry berjudul Ayah. Lahir pada 27 September 1987, berasal dari Mersing, Johor. Telah berkahwin pada 2011 (isteri juga OKU cacat penglihatan bernama Nazira Muhammad, 29, bekerja sebagai operator telefon di Jabatan Perancangan Bandar). Sebelum ini pernah bekerja sebagai jurujual langsung dan pekerjaan terakhir sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Instagram Azmi Saat | Facebook Azmi Saat
Instagram Caliph Buskers | Facebook Caliph Buskers

9. Hafiz Hamidun 

Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz bin Hamidun (lahir 21 September 1984) berasal dari Teluk Intan, Perak merupakan seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau berundur dari UNIC dan bergerak solo sehingga kini. Kini beliau telah merakamkan lima album solo. Sewaktu menulis ini beliau telah pun bertunang. Popular dengan lagu Jodoh Berdua, Kesaktian Cinta dan album zikir terapi diri.
 
Kumpulan EYE ditubuhkan pada awal 1995 merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an yang aktif di Malaysia. Mempunyai 4 orang anggota asal. Nama vokalisnya Mohd Izam Arshad (Izam EYE). Antara lagu popular kumpulan EYE satu ketika dahulu: Izinkan selamanya namamu di hati, bimbang serumpun kasih terbuang dan satu nama tetap dihati.

- Facebook Izam EYE
- Instagram izam EYE

*****
Waktu Siaran Gema Gegar Vaganza 2017
Setiap Sabtu, 9.00 MALAM

Astro Oasis (106), Astro Maya HD (135), Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)
Bermula 8 April 2017-27 Mei 2017


Hadiah Pemenang Gema Gegar Vaganza 2017

JUARA - RM100,000
NAIB JUARA - RM30,000
KE-3 - RM20,000
KE-4 - RM10,000
Juri Tetap: Oki Setiana Dewi & Farihin Abd Fatah

Sumber: http://www.bharian.com.my /// http://www.astrogempak.com.my
 Facebook Gema Gegar Vaganza: https://www.facebook.com/gemagegarvaganza

6 comments

Yazid said...

Tolong la beri lagu2 nasyid.. Byk lg lagu nasyid yg ade.. Asyik2 lagu yg sama astro ulang2 balik..

Achik said...

1. Sya stuju sgt dgn rancangan ni. Stuju 170%.
2. Smua peserta hebat2 belaka.
3. Hijjaz paling ditunggu.
4. Azmi mendapat komen dri abg Farihin sejak minggu pertama lagi. Bagi pluang Oki beri komen pada Azmi. Kita pun nk dgr apa komen Oki.
5. Acey x sesuai sbgai pengacara tuk program ini. Dia layak pda rancangan Raja lawak sahaja.

Al Hafiz said...

#tolong lah semua pengacara jaga tatatertib rancangan yg menunjukkn keislaman,ada tempat yg ptt melawak ad tmpt yg ptt cool n chill laa kawan....kalian ad bakat yg tersendiri tapi cuba bakat kalian itu di olah menggikut kesesuaian majlis.....sbb mejoriti yg melihat rancangan ini dkalangan org ii kecil sehingga warga berusia semoga kalian dpt gunakn peluang yg ad diatas pentas dgn terbaik....#ikhlasdarihati...#gemagegarvaganza...

Bintun said...

Assalamualaikum....rasanya banyak lagi lagu2 islamik yg boleh diketengahkan....banyak lagi lagu2 keagamaan yg betul boleh menyerap dlm jiwa yg boleh di perdengarkan....utk minggu ke 4 dan ke 5....banyak lagu yg didendangkan agak membosankan...penyanyi nya Alhamdulillah..hebat2 belaka tapi lagu2 nya tak dapat menguasai hati dan jiwa ...mohon astro dapat mengutarakan lagu2 yg lebih membawa pada keinsafan dan kesyahduan ...maaf ini sekadar pendapat saya sebagai peminat lagu2 islamik.... Kena minggu ke 5 pulak...lagu jodohlah, faradhiya lah...kalau ikutkan banyak lagi lagu nasyid yg boleh mengegarkan jiwa...yg boleh mengundang air mata..yg boleh terbitkan keinsafan...banyak lagi lagu2 opick yg boleh diperdengarkan...lagu ramli sarip pun banyak yg islamik...seperti lagu utk teman , batu ,tersndiri....dan banyak lagi...

Nilung said...

Kenapa pgacara #gemagegarvaganza mcm ni eh.. Hilang mood nk tgok. Tolonglh astro ambil pgacar yg brkualiti sikit. Ambil ramai2 pgacara pun serabut jer nmpk, entah apa2 lah..bengang tgok...

MInah Nasyid said...

Punya lah byk lagu nasyid kat malaysia ni.....nape lah masih nk guna lagu2 artis lain. Sy fhm lagu2 tu ada unsur nasihat....tp aura pertandingan nasyid tu x dirasai. So pls pls pls....cari n guna lah lagu nasyid yg sebenar n byk tu supaya prgm ni betul2 rasa islamiknya. Prgrm ni sepatutnya jd platform utk kenalkn lgu2 nasyid kita utk didgrkn pd jenerasi muda. Lebih meluat bila tahu minggu dpn tema bergabung puuun nk guna artis.....apa masaalah GGV ni? Nk promote nasyid ke artis??????

Powered by Blogger.