10 Menu Yang Viral Di Malaysia Sepanjang Tahun 2016

FENEMONA viral memang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia hinggakan apabila satu makanan itu menjadi popular, mulalah berpusu-pusu orang datang untuk mencubanya.

Bagaimanapun, tidak semuanya bertahan lama malah ada juga yang terus hilang selepas beberapa ketika.


Sepanjang tahun 2016 ini pelbagai makanan atau kedai makan yang menjadi viral di media sosial, malahan ada sahaja yang sanggup memandu hingga ke negeri lain untuk merasai sendiri penangan makanan viral ini.

Memandangkan 2016 pun sudah hampir melabuhkan tirainya, jom kita imbau kembali makanan-makanan yang menjadi viral sepanjang tahun ini.

1. Churros


Sebenarnya Churros ini sudah lama berada di Malaysia dan juga turut dijual di kafe-kafe namun entah bagaimana ia mula menjadi satu trend di mana ia turut dijual di pasar malam dan juga di festival makanan. Cara makannya juga turut berbeza apabila ia disajikan dengan aiskrim, coklat dan banyak lagi.

Teruskan Selongkar...


2. Pau Cendawan


Uniknya mengenai pau ini apabila ia menyerupai cendawan butang malah intinya juga merupakan krim cendawan yang sangat enak sekali dan Ia mula menjadi ‘viral’ ketika bulan Ramadan

3. Kuih Keria Antarabangsa


Kuih tradisional ini boleh didapati di Limbongan, Melaka punyai rasa yang sangat sedap berbanding dengan kuih keria biasa kerana ia disaluti dengan gula Melaka. Jangan tak tahu ya, orang ramai sanggup beratur panjang untuk merasai kuih ini malah ada juga yang datang dari negeri lain.


4. Nasi Lemak Anak Dara


Fenomena Nasi Lemak Anak Dara ini agak besar hinggakan ia turut disebut sewaktu pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang penting, rasanya sedap hinggakan ramai pelanggan sanggup beratur untuk membelinya.



5. Ahmad Lim Black Pancake


Sebenarnya, ia hanyalah seperti apam balik tetapi telah di’upgrade’ menjadi ‘pancake. Dengan saiznya seperti pizza bersaiz besar ditambah lagi dengan ramuan-ramuan lain diatasnya seperti nuttela, keju, mentega kacang dan lain-lain membuatkan ramai orang tertarik untuk mencubanya.

6. Nutella Milkshake


Kalau dahulu, minuman sebegini hanya punyai inti buah-buahan, kini ia sudah datang dengan pelbagai ramuan baru seperti oreo, chocolate, marshmellow, jelly beans dan lain-lain. Boleh didapati di kafe-kafe hispter, dan juga didatangkan dengan pelbagai saiz.


7. Kopi gelas besar


Entah mengapa kopi gelas besar menjadi popular di kalangan masyarakat satu ketika dahulu, mungkin kerana gelasnya yang besar serta dipenuhi dengan ais sesuai untuk mereka yang kehausan di bawah panas terik mentari. Punyai pelbagai perisa seperti kappucino, vanilla, chocolate, dan banyak lagi namun kini hanya segelintir gerai-gerai seperti ini yang wujud.

8. Samyang Ramen
 

Masih ingatkah anda dengan #SpicyRamenChallenge? Ala.. yang dulu jadi ‘viral’ hinggakan para artis dan blogger terkenal juga turut sama mencubanya? Ramen ini berasala dari Korea Selatan dan ia memang terbukti halal. Rasanya memang sangat pedas namun ada juga cara untuk mengurangkan kepedasannya dengan mencampurkan keju dan juga susu.

9. Biskut Dragon Breath


Kenapa ia dipanggil dragon breath? Ia kerana selepas memakannya, asap akan keluar dari mulut anda. Asap tersebut disebabkan oleh gas nitrogen yang ada di biskut tersebut. Namun begitu, baru-baru ini, makanan ini mendapat perhatian ramai apabila ada yang cedera sewaktu memakannya.

10. Seafood ShellOut


Pada mereka yang sangat menggemari seafood, Shell Out adalah tempat terbaik untuk anda. Menggunakan konsep tiada pinggan, pelanggan boleh memilih rangkaian makan hidupan laut terdiri daripada ikan, udang, sotong, kerang, kepah, siput, lobster dan macam-macam lagi. Harganya juga sangat berpatutan malah set bajet juga turut diperkenalkan untuk menarik pelanggan.

Apa pula makanan yang akan viral tahun depan? Jom sama-sama kita tunggu dan lihat!

Kredit : Sinarharian

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post