4 Langkah Buat Air Nabeez Yang Dikatakan Mampu Menguatkan Daya Tahan Lapar..!!!

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.





Cara Penyediaan air Nabeez

Tak tahan lapar masa puasa? Aku ada tips terjumpa kat fb dan aku dah cuba, MEMANG BERKESAN. Boleh cuba sahur nanti ye. Sebarkan kalau rajin.


Bahan-Bahan 
  1. Kurma
  2. Air 500ml
  3. Kismis
Cara Penyediaan

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

  
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.


3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.




4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

p/s : Petua dalam islam bagi mengurangkan dahaga pada bulan ramadhan .




Setiap kali lepas bersahur , ambil segelas air kosong . Minum seteguk dan berhenti , kemudian dibacakan Surah Al-Kautsar dan menyambung kembali meminum air tersebut sebanyak 3 teguk . Selepas itu jangan makan atau minum apa-apa lagi .

Dengan izin Allah dan berkat Surah Al-Kautsar , Allah akan mengurangkan dahaga kita sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini .

Selamat Berpuasa

Kredit : Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus

No comments

Powered by Blogger.