12 Portfolio Shikin Gomez Di Pertandingan Asia's Next Top Model 5 Yang Mengancam Setiap Minggu..!!!

Shikin Gomez ialah satu-satunya wakil Malaysia yang telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini telah mempamerkan persembahan yang sangat bermutu dan berkualiti tinggi di dalam sepanjang pertandingan Asia Next Top Model 2017 (Cycle 5).

Untuk makluman, peserta akhir untuk musim ini terdiri daripada tiga peserta iaitu Shikin Malaysia, Maureen Filipina dan Tu Vietnam. Juri episod akhir pula terdiri daripada Supermodel Thailand Cindy Bishop (ketua juri/host), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Taiwan-Amerika), Pia Wurtzbach (Miss Universe 2015/Filipina), Daniel Tan (Pengarah Eksekutif Syarikat Tan Chong International/Malaysia), Daniel Boey (Perintis Fesyen Singapura) Adele Chan (Ketua Editor Majalah Nylon Singapura) dan Ruby Adler (ejen syarikat model antarabangsa Storm Model Management/United Kingdom). 

Teruskan Selongkar...


Keputusan pertandingan ini juga sudah diketahui umum seminggu yang lalu iaitu Maureen Filipina berjaya mendapat tempat pertama, Shikin Malaysia tempat kedua dan Tu Vietnam tempat ketiga.

Walaupun Maureen Filipina dipilih menjadi juara musim ini, namun dari segi sudut kualiti model dan jumlah markah terkumpul di dalam sepanjang pertandingan ini, Shikin Malaysia berjaya mendapat markah paling tinggi berbanding Maureen Filipina dan Tu Vietnam. Shikin Malaysia memperolehi jumlah 417.3 dengan purata markah 37.93. Manakala Tu Vietnam dan Maureen Filipina pula mendapat jumlah markah yang sama iaitu 408 dengan purata markah 37.09. 

Shikin Malaysia juga dipuji oleh semua juri pertandingan kerana mempunyai gaya catwalk unik dan paling terbaik antara semua peserta untuk musim ini. Malah, di antara mereka bertiga yang ke final ini, Shikin satu-satunya peserta yang dipuji oleh semua juri tetap dan jemputan. Walaupun begitu, keputusan akhir Maureen Filipina menang telah mengejutkan ramai pihak kerana gambar akhir dan catwalk di pentas runway Maureen Filipina adalah paling teruk jika mahu dibandingkan Shikin Malaysia dan Tu Vietnam. Mungkin sudah menjadi rezeki Maureen Filipina untuk menang kali ini. Walaupun begitu, Miss J iaitu salah seorang bekas juri tetap America Next Top Model telah mengucapkan tahniah kepada Shikin Malaysia kerana menjadi peserta paling terbaik untuk musim ini walaupun tidak menang.

Ini secara tidak langsung Shikin Malaysia telah menjadi perhatian kepada penggiat industri fesyen antarabangsa. Tahniah Shikin Gomez. Oleh itu, mari kita saksikan gambar terbaik Shikin di sepanjang pertandingan ini. (dibawah gambar ada disertakan penerangan cabaran dan kedudukan akhir Shikin untuk episod berkenaan)




Episod 03 -  Cabaran  Jenama Fesyen Jeans 
Shikin No. 03

Episod 05 - Cabaran  Jenama Maybelline "It Girls"
Shikin No.02

Episod 06 - Cabaran Jenama Neutrogena
Shikin No.04


Episod 07 - Cabaran Jenama Zalora / Video Iklan Pendek
Shikin No.01

Episod 08 - Cabaran Tema Kuasa 
Shikin No.03

Episod 9 - Cabaran Jenama Subaru 
Shikin No.02

Episod 11 - Cabaran Ais Di Musim Tropika (photoshoot ini dilakukan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia)
Shikin No.3

Episod 12 - Cabaran Jenama Subaru
Shikin No.01

Episod 13 - Cabaran  Pakaian Tradisional Avant Grande/High Fashion 
Shikin Mendapat Baju Kurung Malaysia versi High Fashion Untuk Photoshoot Grand Finale pertandingan ini. Gambar ini mmg hebat dan masterpiece. 

Sumber : Semua Imej Daripada Google/Asia's Next Top Model Facebook

No comments

Powered by Blogger.