32 Senarai Semak Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia FIFA 2018 Di Russia..!!!

Mana satu pasukan pilihan anda dalam Piala Dunia FIFA 2018? Jika saya memilih pasukan GERMANY! Debaran Piala Dunia 2018 makin terasa dimana 32 pasukan telah melengkapkan mengisi slot untuk ke Piala Dunia FIFA 2018 yang akan berlangsung di Federasi Rusia. 

Kejohanan ini disertai oleh pasukan-pasukan dari 5 benua dimana turut tercalon beberapa pasukan negara Islam seperti Mesir, Arab Saudi, Iran dan banyak lagi.
 
Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 akan berlangsung selama 32 hari bermula 14 Jun 2018 hingga 15 Julai 2018. Nama maskot Piala Dunia 2018 yang diberikan dengan jolokan "Zabivaka" yang bermaksud "the one who scores". Jom terjah 32 pasukan yang tersenarai ke pusingan akhir Piala Dunia Russia 2018.

Teruskan Selongkar...

Senarai Rasmi Pasukan Yang Layak Piala Dunia FIFA 2018
Berikut senarai 32 pasukan yang layak Piala Dunia FIFA 2018 di Russia :
EROPAH (14 Negara)
Russia (tuan rumah), Perancis, Portugal, Jerman, Serbia, Poland, England, Sepanyol, Belgium, Iceland, Switzerland, Croatia, Sweden, Denmark
AMERIKA SELATAN (5)
Brazil, Uruguay, Argentina, Colombia, Peru

AFRIKA (5)
Nigeria, Mesir, Maghribi, Tunisia, Senegal 

AMERIKA TENGAH, UTARA DAN CARIBBEAN (3)
Mexico, Costa Rica, Panama 

ASIA (5) 
Iran, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Australia

 

Bahangnya kian terasa... Tak sabar ja tunggu tahun hadapan. Mampukah pasukan Jerman juara Piala Dunia 2018 sepertimana kejayaan mereka di Rio Brazil? 

Terima kasih ya sudi baca artikel ni. Komen pasukan pilihan anda dan pemain kesukaan! 

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. admin saya amek tindakan polis... tiru artikel tanpa pemberitahuan...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post