5 Step Untuk Daftar CIMB Click 2017/2018 Nampak Mudah Tapi Mencabar

Anda tahu cara daftar CIMB Click? Baru-baru ini admin baru saja buka akaun bank baharu di CIMB Bank.

Nak tambah cawangan kad bank katakan! Macam biasa kena ambil no giliran dan pergi ke kaunter untuk isi maklumat personal dan dapatkan nombor akaun bank. 

Bagi admin yang kebiasaan guna banking online, sudah tentu kena daftar CIMB Clicks dahulu untuk mengaktifkan akses perbankan online ini. Mudah ja nak daftar CIMB Clicks. 

Jika anda masih belum mendaftarkan nombor telefon bimbit anda dalam sistem kami bagi tujuan penerimaan OTP dan TAC, sila ke mesin ATM CIMB yang berdekatan dan ikuti langkah berikut:-
Langkah 1 : Masukkan kad ATM anda berserta no PIN ATM
Langkah 2 : Pilih "Others" di Menu Utama
Langkah 3 : Pilih "CIMB Clicks" dan diikuti "TAC Registration"
Langkah 4 : Masukkan nombor baru telefon bimbit anda. Kemudian anda sepatutnya menerima resit/slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.


Cara Daftar CIMB Clicks 2017/2018

1. Daftar Di Mesin ATM CIMB

1. Anda perlu ke mesin ATM CIMB dahulu dan masukkan kad debit dan no. PIN sekali untuk ke paparan utama.
2. Anda pilih button 'OTHER/LAIN-LAIN'.
3. Kemudian, pilih CIMB Clicks.
4. Masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif untuk pengesahan no TAC.
5. Kad keluar dan resit sekali. Sudah!


2. Daftar CIMB Clicks Secara Online

1. Layari ke laman web rasmi CIMB Clicks 👉 http://www.cimbclicks.com.my/.
2. Lihat bahagian menu atas dan klik button 'Online Registration'.

 3. Kemudian, klik 'Register Now'.

 4. Di bahagian ini anda perlu isikan maklumat kad anda.
- Masukkan nombor kad CIMB anda di bahagian hadapan.
- No PIN ATM anda.
- Username ID anda (pastikan campur huruf dan nombor'.
- Nombor Password anda.
Password kenalah Ada Nombor + Ada Huruf Besar + Simbol (Sekurangnya 8 abjad)
Contoh : 123Abcd#f

5. Selesai CIMB Clicks registration.

Mudahkan cara pendaftaran akaun CIMB Clicks. Selesai saja, daftar kad di mesin ATM, balik rumah isi akaun online pula. Ini adalah cara daftar CIMB Clicks terkini tahun 2017/18. Kalau cara lama saya tak pasti sama ada still sama atau pun telah ditukar. Ikut saja tutorial yang admin kongsikan.

Okay selesai dah boleh banking online! Semoga informasi ini dapat membantu pengguna kad CIMB untuk mendaftar akaub CIMB Clicks dengan lebih mudah. Selamat maju jaya!



Untuk info anda, anda tidak perlu mengisi bahagian STAFFID tersebut dan bahagian tersebut adalah 'optional'. Berdasarkan paparan skrin yang anda berikan, user ID CIMB Clicks anda perlu mempunyai angka atau nombor. Terima kasih.

NOTE :  Pastikan anda ingat nombor PIN anda kalau tak nak kena SUSPEN...Kalau dah kena suspen alamatnya kena CALL SERVICES Centre CIMB la Jawabnya.

Kredit : LokmanAmirul
Terbaru Lebih lama