5 Sebab Melayu Kahwin Jemput 1000 Orang Tapi Mat Saleh Kahwin Jemput 100 Orang Je..!!!

Kenapa kena ikut budaya barat?
Orang kita jemput ramai-ramai sebab nk mengeratkan silaturahim, nk jiran-jiran, sedara mara semua tahu bahawa si anak tu dah berkahwin.





Budaya barat..kalau 100 orang di jemput..mesti ikut program majlis kahwin dari pagi sampai malam..kadang2 ada request kena bawa dua pasang baju, x boleh balik awal ok. Org kita..lepas makan terus balik..budget nya lebih kurang je

 

ORANG MELAYU KAHWIN JEMPUT RAMAI-RAMAI NI DAH KENAPA?
Kenapa mat saleh kahwin jemput 100 orang, tapi orang Melayu kahwin jemput 1000 orang? 




Senang jer jawapan kepada persoalan ini.

Sebab institusi kekeluargaan orang Melayu lebih utuh dari kat barat yang dah hampir runtuh.

Kita orang Melayu, secara kebiasannya mempunyai keluarga yang sangat besar.

Kita boleh kenal nenek sedara, dua pupu, tiga pupu, empat pupu dan kau boleh kira sendiri...

Bahkan, kita masih berhubung dengan saudara-saudara jauh ni.

Kalau hari raya, kau orang tentu ingat masa balik kampung dan nak beraya rumah saudara-saudara kita? Ada masanya mak ayah kita bawa mengembara kita singgah rumah saudara jauh yang kita sendiri tak pernah jumpa. Entah sampai ke beberapa pupu... lepas berbual, barulah tahu yang rumah si polan tu rupanya tiga pupu mak kau dulu.

Lagi dasyat ialah satu kampung yang semuanya bersaudara. Yalah masa ratusan tahun nak bukak kampung tu dulu, yang mengasasnya dari tiga dan empat keluarga yang dalam proses exodus mereka tersendiri. Lepas dah buka kampung kat tempat asing, mereka pun saling kahwinkan anak dara dan teruna masing-masing untuk kukuhkan lagi hubungan antara beberapa keluarga ni.

Masa pun bergulir, kampung pun makin besar selepas beberapa generasi, maka secara tak langsung kebanyakan penduduk kampung tu bersaudara. Macam kes atuk aku, nenek aku bagitahu kat Banting, ada satu kampung tu kebanyakan penghuninya saudara jauh aku.

Budaya begini tak wujud dalam kebanyakan intitusi kekeluargaan kat barat. Salah satu faktornya ialah pergaulan bebas yang dah tak kenal ikatan yang sah lagi, yang menyumbang kepada ranapnya institusi kekeluargaan di sana.

Itulah indahnya silaturahim orang Melayu.

P.S: Buat majlis perkahwinan berdasarkan kemampuan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post