9 Animasi Perbandingan 2 Jenis Orang Yang Bakal Membuka Mata Anda..!!!

Ikuti bualan 2 orang ini yang menananya diantara dua ini siapa yang paling jahat...anda yang tentukan...Samada yang menunaikan solat setiap hari tapi hatinya penuh tompok hitam atau orang kaya yang suka menderma tapi sering menghabiskan juga duitnya buat maksiat...


 












Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat “Wahai orang yang beriman…..” Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,”Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain.”Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya. Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post