7 Langkah Mudah Bayar Zakat Secara Online Menggunakan Maybank2u..!!!

Zakat adalah suatu kewajipan yang perlu di laksanakan sebagai umat Islam. Zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

 
Cara mudah bayar zakat menggunakan maybank2u secara online

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas
  • Zakat Perak
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Ternakan

Setiap jenis Zakat memiliki cara perkiraan yang berbeza. Anda boleh merujuk laman https://www.zakat2u.com.my/payment/index bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan anda.


1. Log Masuk 
login masuk ke laman rasmi Maybank2u - pastikan laman web yang sah


2. Quick link 
Search Bill payment kemudian klik GO 


3. Klik Make A One-Off Payment
atau boleh tekan Account & Banking - Bill Payment


4. ViewAll Payees by Category 
Klik view all payees by category - Pilih zakat & charity


5. Pilih Lembaga Zakat 
Pilih ke tabung Zakat mana yang anda mahu salurkan. Kemudian klik continue


Buat negeri yang tertera je... mcm selangor, melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah.


6. Masukkan Details & Jumlah yang mahu dibayar
Masukkan jumlah yang anda mahu bayar berdasarkan perkiraan daripada pendapatan bulanan anda. pilih jenis zakat dan masukkan no telefon anda kemudian klik continue.

Sekiranya ingin membayar zakat yang lain boleh tukar pilihan pada Type of Zakat.


7. Request TAC & Confirm
  
Klik request for TAC kemudian system maybank akan menghantar 6 digit kod TAC ke no telefon anda. Seterusnya klik confirm.

Mudah bukan. Anda telah pun berjaya membayar Zakat secara online. 

----------------------------------


Pasti Ramai yang tertanya-tanya bagaimana bayar zakat 
tanpa akad

Ni jawapannya : Akad bagi bayar zakat sama ada zakat biasa atau fitrah hanyalah sunat sahaja...



Kredit : Rahmadbah

1 comment

rassaq mael said...

saya dh cuba utk pusat zakat negeri melaka kedah dan pulau pinang..tiada option untuk zakat fitran..zakat-zakat lain ada

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.