16 Lagu Patriotik Malaysia Evergreen Masih Didengar Sehingga Ke Hari Ini

Sempena dengan hari kebangsaan apa kata kita semarakkan lagi semangat kita sebagai anak Malaysia dengan himpunan lagu-lagu patriotik bertemakan kenegaraan. Bila anda dengar dan hayati lagu-lagu ini, mesti akan menaikan lagi semangat dan jati diri sebagai anak jati Malaysia.


Lagu-lagu ni serius evergreen dan masih didengari sehingga ke hari ini.

Kalau dulu dengan instumen muzik orkestra, koir dan suara latar yang ramai diperlukan untuk lagu-lagu patriotik, Searus dengan peredaran zaman kita boleh lihat lagu-lagu patriotik menjadi moden sesuai rentak anak muda masa kini.
 Lagu Patriotik Malaysia Evergreen Yang Sering Keudara Di Kaca TV Suatu Ketika Dulu

1. Tanggal 31 – Sudirman Haji Arshad


Allahyarham Sudirman memang terkenal dengan lirik lagu yang bertemakan kemasyarakatan. Lagu ini seperti sudah menjadi lagu wajib di bulan kemerdekaan. 

2. Warisan – Sudirman Haji Arshad
Lagu ini sungguh menyentuh jiwa setiap orang yang mendengarnya. Ianya berkisar tentang luahan rasa cinta dan bangga seorang anak Malaysia yang begitu menyintai negaranya.



3. Saya Anak Malaysia – Dr Sam



Lagu ini telah beberapa kali dirakamkan semula dengan nafas baru. Lagu asal nyanyian Dr Sam ataupun nama penuhnya Salim Ibrahim begitu sinonim dengan kanak-kanak kerana lagu-lagu patriotiknya yang popular. 

4. Bahtera Merdeka – Aishah 

Lagu penuh penghayatan nyanyian Aishah ini merupakan antara lagu wajib ketika sambutan kemerdekaan. Malah lagu ini juga menjadi pilihan di kebanyakkan pertandingan nyanyian sempena hari kebangsaan.

5. Setia 


Lagu ini telah dirakamkan dan popular sekitar awal tahun 90-an. Ianya cukup sinonim dengan saluran RTM dan sering diputarkan ketika sambutan hari kebangsaan. 

6. Sejahtera Malaysia 


Kebanyakan daripada anda hafal lirik dan melodi lagu ini. Lagu yang bertemakan perpaduan ini menyuntik semangat satu Malaysia di kalangan kita dan kerap kali menjadi lagu yang dirakamkan semula di Youtube. 

7. Inilah Barisan Kita


Lagu ini seringkali dikaitkan dengan pejuang negara dan badan beruniform seperti askar dan polis. Malah liriknya berkisarkan perjuangan di medan pertempuran demi melindungi keamanan negara tercinta.

8. Malaysia oh Tanah Airku




Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku


9. Warisan (Anak kecil main api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

11.  Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

12. Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

13. Perwira

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
 Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Komen : Ingat lagi citer Masam-Masam Manis? Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarhamah Saloma. 


14. Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
 Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia


15. Keranamu Malaysia 

Lagu Keranamu Malaysia adalah lagu rasmi Hari Kebangsaan Malaysia dari tahun 2000 sehingga 2006. Lagu ini telah dicipta oleh Pak Ngah dan liriknya dikarang oleh Siso Kopratasa.


Lirik Lagu Keranamu Malaysia
Verse 1
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Verse 2
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Chorus
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga 

Verse 3
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Verse 4
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Ulang Daripada Mula
Keranamu negara Malaysia
Malaysia?
Terima kasih Malaysia!!

16. Malaysia Berjaya


Malaysia kita sudah berjaya 
Aman makmur bahagia 
Malaysia abadi selamanya 
Berjaya dan berjaya 



Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Mengimbau kenangan sungguh, bila dengar

    ReplyDelete
  2. Tlong jgn lupa pnnyi asal tanggal 31 (asalnya bukan sudirman).Sma jg lgu bahtera merdeka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post