Tips/Cinta ] Jangan sesekali kirimkan pesanan ini bila anda sudah putus
Setelah putus, biasanya anda akan ada
perasaan kesepian ataupun mungkin rindu akan si dia. Jadi, anda terus
mengambil telefon bimbit dan mulalah menaip kata-kata ataupun pesanan
kepada si dia. Mungkin anda berfikiran si dia akan membaca pesanan anda.
Tetapi kadang-kala hasilnya di luar dugaan, ada yang membalas dan ada
juga yang membalas dengan kata-kata sambil lewa sahaja. Bila hal
terjadi, sekaligus hati anda yang sakit. Anda sendiri yang menyakiti
hati anda.
Sebenarnya soal putus cita harus
dipertimbangkan dengan baik-baik, kalau masih cinta kenapa harus putus?
Dan kalau sudah putus kenapa masih ingin melayan perasaan dan menganggu
kehidupannya? Cuba jadi wanita yang bijak bila buat keputusan, jangan
sesekali menghantar mesej berbunyi seperti anda masih inginkan si dia
walaupun memang itu yang anda inginkan.
“I miss you”
Mungkin ada akan rasa kehilangan dan
merindui si dia, tapi ingatlah ini perkara biasa sahaja pada awal
perpisahan. Anda mungkin belum bersedia kehilangan si dia dan masih
mengharapkan si dia. Bila anda rindukan si dia, jangan pula pergi hantar
pesanan “I Miss You”, silap hari bulan anda juga yang sedih kerana si
dia langsung tidak menghiraukan anda. Daripada layankan perasaan lebih
baik lakukan sesuatu yang boleh menyibukkan diri anda malah anda
langsung tidak punya masa memikirkan si dia. Mungkin, anda tidak rindu
si dia sebenarnya, anda hanya rindukan kenangannya saja.
“Aku minta maaf”
Sebelum menghantar mesej ini, pastikan
bahawa anda benar – benar sudah memikirkan baik – baik apa yang tengah
berlaku antara anda dan dia. Jangan hanya kerana anda takut kesepian
kemudian anda meminta maaf dan ingin hubungan itu semula. Semuanya sudah
lepas dan tidak ada apa yang perlu dibicarakan. Walaupun anda sedar
bahawa ini adalah kesilapan anda maka biarkan dulu perasaan anda dan si
dia reda dahulu.
Lirik lagu
Terkadang lirik lagu memang sebuah
ekspresi perasaan yang tepat bagi seseorang. Tetapi, tidak semua orang
menterjemahkan mesej dari lirik lagu itu sama. Seringkali juga mesej
tersebut adalah sebuah kebetulan saja, sehingga anda tak perlu
membesar-besarkan dan membuatnya menjadi seolah takdir bagi cerita cinta
anda.
One word message
Kata – kata seperti hye, helo mungkin
adalah ungkapan dari beribu kata yang tak sempat terucap dan sering
dipakai seseorang untuk memulakan perbicaraan. Tak tahu bagaimana
memilih kata yang paling tepat, dan hanya sekadar menguji respon si dia.
Sekalipun hanya terdiri dari beberapa huruf, anda tidak boleh
meremehkan kata tersebut. Kerana di balik makna hye, hello, sebenarnya
anda sedikit harapan di situ.
Ungkapan kemarahan
Ada setengah orang ungkitkan semua
masalah dengan kemarahan. Hubungan cinta anda berakhir dengan putus
cinta, yang seharusnya tidak perlu dilanjutkan lagi dengan kemarahan
anda melalui mesej-mesej ringkas. Bila anda mesej marah-marah pada si
dia, anda hanya mengeruhkan hal sahaja, anda seorang yang penat, anda
seorang yang masih fikirkan si dia sedangkan si dia sebaliknya.
“Thinking of you …”
Kenapalah nak malukan sendiri dengan
tulis ‘thinking of you’. Kawal perasaan anda, walaupun anda merindui si
dia tetapi jangan sampai beri pesanan sedemikian. Tak perlu dan jangan
tanya sebab apa.
“Aku cuma ingin mengatakan selamat tinggal”
“Aku cuma ingin mengatakan selamat tinggal”
Bila sudah putus cinta, maksudnya
hubungan anda dan si dia sudah selesai. Tak perlu nak beri mesej
mengucapkan selamat tinggal pada si dia. Tak guna kerana si dia akan
menghiraukan mesej anda. Putus bererti berpisah, dan anda tak perlu
mengulangi serta berusaha membuat sedar kalau anda sudah tidak dengannya
lagi. Anda harus menerima keadaan itu.
Move on...
Move on...