4 Cara Menyimpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk Dengan Betul Supaya Tahan Lebih Lama..!!!

Cara yang betul untuk menyimpan daging korban - Bersempena dengan Hari Raya Korban yang disambut setiap tahun, pasti ramai dalam kalangan kita dalam peti sejuk di rumah penuh dengan agihan daging korban yang diberikan oleh jiran tentangga atau keluarga kan? 



Namun,tidak semua tahu cara penyimpanan daging korban yang betul supaya tahan lebih tahan lama dan dijamin kebersihannya. Jadi jom kita selongkar  gunakan tips yang betul supaya daging korban anda lebih tahan lama dan kelihatan fresh apabila mahu dimasak.



CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

1. Jangan Cuci Daging Korban Sebelum Disimpan 

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.


 2.  Jangan Simpan Daging Dalam Kuantiti Yang banyak Di Dalam Freezer 

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Jangan Terus Simpan Daging Di Dalam Ruang Sejuk Beku / Freezer 


Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. Jangan Cairkan Daging Beku Dengan Menggunakan Air Panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Note : Elakkan Daging Dibungkus Menggunakan Plastik Sampah Hitam


Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!



Jadi buat mak-mak yang banyak daging korban tu, bolehlah ikut perkongsian tips yang dikongsikan ni.Semoga daging-daging tersebut kekal segar dan mampu bertahan lama.Malah selain daging korban, apa juga daging segar yang dibeli dipasar juga boleh disimpan dengan kaedah ini.Baarakallah

Semoga memberi manfaat

Kredit: Chef Mawi 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post