3 Langkah Semak Rekod MAL, Rekod Jenayah & Faraid Pasangan Sebelum Berkahwin

Sejak kebelakangan, ramai pasangan bercinta mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga bersempena cuti hujung minggu, selain tarikh unik 18.0818 yang dipilih sebagai hari bersejarah untuk menamtkan zaman bujang. Malah, menjelang cuti Aidiladha ini, deretan jemputan walimatul urus perlu dipenuhi, sama kenduri kahwin sahabat ataupun saudara sendiri.


Namun bukannya mudah untuk mencari pasangan hidup. Yelah orang kata, kahwin itu sekali seumur hidup (tak semua), jadi pasangan yang dipilih mestilah diperkenan orang tua, ada kerjaya tetap, baik tingkahlakunya dan yang paling penting buat pasangan beragama Islam, tentulah pasangan yang baik agamanya kan.


Selain memilih pasangan hidup mempunyai antara ciri-ciri yang dinyatakan di atas, pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan bagi megetahui sejarah kesihatan pasangan masing-masing.



Selain untuk mengetahui sama da seseorang itu mempunyai penyakit berbahaya seperti Hepatitis B dan peyakit kelamin, ujian kesihatan juga untuk menentukan sama ada seseorang wanita itu sedia untuk mempunyai anak seperti pengambilan suntikkan rubella, kumpulan darah sama dengan darah suami dan anemia.

Malah, melalui portal e-syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bakal pengantin juga boleh memeriksa status MAL dan rekod jenayah pasangan masing-masing. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi kami fikir kemudahan semakkan secara atas talian adalah wajar bagi membolehkan semua individu membuat keputusan tepat dalam hidup mereka.

Menurut laman web rasmi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, MAL ”merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah”.

Antara perkara-perkara yang terkandung di bawah MAL adalah :

1. Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan.

2. Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan.

3. Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan.

4. Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian.

5. Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka.

6. Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah.

Bagaimana nak semak status MAL dan rekod jenayah pasangan?

Pertama, anda perlu mencari Portal Rasmi E-Syariah, atau klik disini.


Kemudian cari satu bahhagian yang tertera perkataan ”Semak Status Kes”.

 
Terdapat tiga perkara yang anda boleh semak iaitu rekod MAL, Jenayah dan Faraid. Apa yang anda perlu buat adalah memasukkan nombor kes, sekiranya ada, atau memasukkan nombor pengenalan pasangan masing-masing dan akan mengeluarkan paparan keputusan seperti dibawah.

 
Apa pun yang paling penting adalah terimalah seadanya siapa pun pasangan anda. Okay?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post