10 Idea Unik Untuk Kostum Miss Universe Malaysia Pasti Memukau Audience Dunia

Ketika netizen masih lagi berkata-kata mengenai kostum kebangsaan yang diinspirasikan dari Nasi Lemak, model berkenaan, Samantha Katie James masih lagi berbangga memakai kostum berkenaan meskipun dikecam hebat.




National Costume Miss Malaysia Universe 2017 Yang diinspirasikan dari nasi Lemak



Disebalik kecaman tersebut, tidak kurang juga beberapa pihak yang mengambil isu yang tular itu sebagai medium promosi mereka. Antaranya adalah syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia yang turut mempromosikan Macao mengambil inspirasi ‘insiden Nasi Lemak’
Netizen Tampil Cipta Rekaan Luar Biasa


Sedar akan pelbagai kecaman yang diterima, pelbagai rekaan terkini dan kreatif telah direka oleh beberapa netizen di Instagram Malaysia Natcos Beauty Pagean yang pada hemat kami jauh lebih cantik dan unik. Apa kata anda?


1. National Costume tema ‘ Utusan Bunga Emas ✨🌳🌟 
karya hebat @fashionempire_hamdan 


 

Sejarah penghantaran bunga emas🌟🌲 telah berlaku di Negeri-negeri Melayu Utara dengan menghantar Bunga Emas setiap tiga tahun sekali ke Siam(thailand) 🇹🇭 sebagai tanda ketuanan. Bunga emas merupakan pohon yang diperbuat daripada emas dan batangnya daripada perak.Bagaimanapun Siam tidak menguasai negeri-negeri itu. 

Malah negeri-negeri itu beranggapan "Hubungan itu adalah semata-mata satu pengakuan mengikut adat mengenai ketuanan luar negeri."Bagaimanapun nilainya tidak tetap bergantung kepada kemakmuran setiap negeri. Kedah 🔰 misalnya pernah menghantar Bunga Emas bernilai $5000.00 dan Bunga Emas Kelantan🔴 pernah bernilai $11,000.00. 

Johor🔴🔵 merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing😱👏🏻 dan diperintah oleh Sultan yang merdeka.


2. National Costume tema ‘ The Bamboo Orchestra of Sabah 🎋⛰🇲🇾💕 ‘ karya hebat @mctotti96
 
Orkestra Muzik Bambu di Sabah🇲🇾💕memperlihatkan peralatan muzik yang diperbuat daripada bambu🎋 . Alat muzik dalam orkestra ini terdiri daripada alat muzik tradisional seperti Kulintangan bambu, suling, sompoton, togunggak dan tongkungon. Irama Orkestra Muzik Bambu ini juga merupakan antara tarikan pelancong di Sabah. Orkestra Muzik Bambu di Sabah juga telah membawa nama Malaysia🇲🇾👍🏻 di dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.

3. National Costume tema ‘ Makcik Bawang 🌰💁🏻🗣👄 ‘ karya kreatif @ferr_remy

 
Makcik bawang 👩🏻🌰 Merujuk kepada netizen yang suka masuk campur 🗣💁🏻di dalam urusan orang lain. Melahar dan kecam setiap tindakan sesiapa sahaja yang berada di media sosial. Selalunya Makcik bawang ini boleh dilihat pada komen-komen Facebook, mahupun tweet di tweeter.Asal usul perkataan makcik bawang mungkin datang daripada sifat bawang itu sendiri yang akan membuatkan orang lain rasa ‘irritated” merengsa dan menangsi. Maka digelarkan golongan ini sebagai makcik bawang😆💁🏻 p/s : fuhh!! kau jgn memain dgn makcik2 bawang ni,sekali dia lahar, hambek kau berjemaah dia bawak sekali membawang😝🌰, Jika uolls suka mengecam setiap tindakan orang, dan mengeluarkan setiap kata-kata yang tidak senang di media sosial, ini bermaksud anda adalah makcik bawang🗣🌰. kerana rendang tak crispy kita bersatu uolls😝, maka tertubuh nya la Nusantara Bawangnes United ( NBU 🌰) .


4. National Costume tema ' Ratu Keris Hulu Tajung Gading Gajah 🐘🗡👸🇲🇾 ' Karya hebat @ratu_fatina



sebilah keris, tidak akan dipanggil keris jika tidak berhulu bersampir, batang serunai dan pendokok. Hulu keris terdiri dari pelbagai bentuk seni ukiran dan jenis bahan pembuatannya. Berapa jenis hulu yang cukup popular penggunaannya untuk keris Melayu antaranya ialah Keris Hulu Tajung Gading Gajah 🗡🐘.
Bahan untuk hulu pula terdiri dari kayu kemuning, gading, tanduk, akar baha, gigi ikan, gerahang gajah, perak, tembaga dan sebagainya. Ukirannya pula tidak banyak bezanya dengan ukiran kasar yang terdapat dalam budaya melayu iaitu tampuk manggis, sulur kacang, ketam guri, bunga senduduk dan banyak lagi sama ada dalam ukiran coteng yakni berdasarkan garis-garis sobekan tidak dalam, ukiran separuh yakni tidak semua bahagian diiukir, atau ukiran penuh satu motif atau beberapa motif yang juga disebut ukiran bangsa agong.🏰🚩 p/s :wahh, 😍😘 . Cantik ye uolls, nampak nilai estetika Bangsa Melayu yg berdaulat . Mengekalkan sesuatu budaya dgn mengabdikan seni ukiran pada keris demi nusa & bangsa 🔪🚩🐘👸 . Tengok dari jauh mmg nampak bentuk keris nya.😍😘


5. National Costume tema ' Wau Bulan Kelantan 💕🇲🇾🌙 ' karya superb! @fadlisterlucas


Wau🌬🎏 bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia 🇲🇾 Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur diSemenanjung Malaysia. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. 💕🇲🇾🌙
Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.
Unsur2 futuristik diselitkan dalam NatCos ini bagi mengimbangi aliran budaya yg semakin moden sebaliknya mengekalkan budaya yang sekian lama tersemai didalam jiwa rakyat Malaysia🇲🇾. p/s :min nak nyanyi nih 😁🎤🎼
ala ewa.....
ewa bule....
ewa bule....
teraju tigo...
akhir skali ambo nak pese rakyat malesia 🇲🇾 ai ptt jago la seni budayo kito...💕☺ Letop aih!! Mcm nak pakai je NC ni.! Ala2 transformers gichuuu! 😘😍 kreatif!


6. National Costume tema ' Kebaya Nyonya Melaka 👘💖😘🇲🇾' karya hebat @fadlisterlucas

 

Baju Kebaya Nyonya👘👸💖🇲🇾merupakan pakaian tradisional rakyat malaysia khususnya golongan Baba-Nyonya pada ketika dahulu. Mereka merupakan satu kaum yang wujud dikalangan masyarakat Cina🎎 di Tanah Melayu khasnya di Negeri-negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang & Singapura. Pada zaman kegemilangan Melaka, ia juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan Cina. Hal ini kerana sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina🎎 dan Melayu🏞 ke dalam budaya dan gaya hidup mereka. Budaya inilah yang melahirkan kebaya. Walaupun Kebaya Nyonya ini hanya dipakai oleh golongan peranakan cina seketika dahulu, tetapi kini telah dipakai oleh kaum Melayu sendiri kerana ini bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Pada dasarnya baju kebaya nyonya dicipta oleh orang-orang peranakan dari Melaka, suatu ketika dahulu setelah berhijrah. 👸👘💖 p/s : letop!💖👍👘👸 , gabungan 2 budaya iaitu Melayu & Cina menghasilkan satu fesyen yg tak lapuk dek zaman kerana kehalusan dan kecantikkan rekaan baju kebaya nyonya yg menggambarkan bahawa budaya itu bukan untuk dimiliki oleh sesuatu golongan sahaja, tapi harus dipelihara hubungan persaudaraan sesama insan yang terjalin sekian lama bersama 💖 jadikan budaya itu satu seni untuk mendamaikan.bukan untuk memusuhi.😍😘


7. National Costume tema ' Candat Sotong 🐙🐙🌊🎣 ' karya hebat @fadlisterlucas

  Candat🎣🐙 adalah alat yang digunakan khas untuk menangkap sotong🐙 dan dianggap peranti yang paling selektif.candat dikelaskan dalam golongan peranti mengail dan pekerjaan menangkap sotong menggunakan candat ini disebut mencandat.Setiap unit candat terdiro daripada mata candat dan batang candat.amat candat berupa beberapa batang mata kail yang dilekatkan di sekeliling bahagian bawah batang candat🎣.mata kail ini akan memudahkan tentakel sotong🐙 tercangkuk apabila candat disentak.

Bahagian batang candat dibuat daripada besi,timah,plastik,seramik atau getah tiruan.Biasanya operasi mencadat diajalankan pada waktu petang🌄 hingga subuh🌅.lampu kalimantang atau lampu perikanan lain diletakkan di sisi bot dinyalakan sebelum matagari terbenam. tujuannya supaya sotong dalam laut tertarik dan berkumpul berhampiran bot.

Di Malaysia,perusahaan memcandat amat popular di pantai timur semananjung Malaysia,terutama di perairan Kelantan,Terengganu dan Pahang.perusahaan ini dijalankan antara bulan Mac.😘😍🐙🎣🌊

p/s : Cumi Cumi Cumi Cumi!😂😍🐙🎣💖..curlass dik kau..! Cantik namateyy NatCos nih!! Elemen Sotong tu diselitkan .tidak ketinggalan topi Nelayan yg digabungkan dgn lampu untuk nelayan pada waktu malam. Nice! Futuristik sgt!

8. National Costume tema ' Team Wau Factor 💪💖🐅🏅 
' karya superb @fadlisterlucas
🏃🏌Sukan Asia Tenggara 2017🏋🏊⛹, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-29 dan secara umumnya sebagai Kuala Lumpur 2017 merupakan temasya sukan berperingkat rantau Asia Tenggara yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017.🏆🏸🏑🏒🏓 Temasya sukan ini merupakan kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Sehingga temasya sukan ini, 16 tahun telah berlalu sejak kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan tersebut.😍🏆💪🐅💖 

p/s: rasa bangga bila imbas kembali saat manis bila kita menjuarai sukan keseluruhan di acara sukan sea 2017!🏆💪. Bangga woooo!😍

9. National Costume tema ‘ The Ritual of Sewang 🌾🌱🔮 
karya kreatif @fashionempire_hamdan 


 

Upacara sewang 🌱💃🏻 merupakan satu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubat dari penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat🧟‍♂️. Terdapat beberapa jenis seweng, bergantung kepada tujuan ia dilakukan.

Semasa upacara sewang dilakukan, alatan muzik tradisi seperti buluh cehtong 🎋 akan dimainkan bagi mengiringi bacaan mentera oleh Tok Halak 👴🏽 yang biasanya mengetuai upacara tersebut.



10. National Costume tema ‘ Ratu Songket Malaysia 🇲🇾 💜✨💃🏻
 karya hebat @imranean.ig
 
konsep ini mengangkat pemakaiaan tradisi masyarakat Melayu Malaysia 🇲🇾 iaitu Songket Melayu serta Tengkolok atau pun dikenali sebagai tanjak. Si pemakai mengenakan tengkolok (dikenali juga sebagai aksesori tradisi lelaki Melayu).merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. 

Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja🤴🏻 dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.Selain itu, NatCos ini juga mengenakan renda bunga sebagai lapisan dalaman menggunakan kain songket Melayu.Songket Melayu merupakan sejenis kain💜✨ yang menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas✨ ditenun antara benang sutera pada kain latar. 
Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu🤴🏻👸🏻. 

p/s : wahh!!😘 .tersangat lah kemas NatCos ni!💖 min suka sangat.detailing nya cukup menarik serta ciri2 Melayu diselitkan dengan begitu sopan dan beradab.nice! paling menang tu ha ,Tengkolok tu! very Malaysian!👏🏻🇲🇾 ha tepokk!! ni kalau buat ni, colour NatCos kena terang, baru la si pemakai tu ada aura! 

Untuk melihat lebih banyak karya anak tempatan mencurahkan idea untuk national costume miss universe ni boleh berkunjung di laman Instagram 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post