Sukan Asia 2018 sudah melabuhkan tirainya pada 2 september 2018 dengan acara penutup yang menyaksikan persembahan artis Kpop dan banyak persembahan artis ternama Indonesia dan Kontingen Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tersebut.
1. Emas Pertama Malaysia di Sukan Asia 2018
(Jakarta-Palembang)
Siti Safiyah, Syaidatul Afifah & Easter Cheah (Trio Tempin Boling)
Pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, disumbangkan oleh Easter Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dalam acara boling trio wanita. Trio itu menamatkan kemarau emas 24 tahun dalam acara itu, selepas mencatatkan 4,326 jatuhan pin di Pusat Boling Jakabaring di Palembang.
2. Emas Ke-2 Malaysia di Sukan Asia 2018
(Jakarta-Palembang)
Nicol Ann David (Squash Single wanita)
3. Emas ke-3 Malaysia
Rafiq Ismail (Boling Master Lelaki)
Pemain boling tenpin negara, Rafiq Ismail, bukan sahaja mencipta keterujaan dengan menambah pingat emas ketiga kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, malah turut melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi acara masters lelaki di pentas ini sejak 1978.
Lawannya adalah peserta Korea Selantan, Park Joo Woo.
Rafiq melakukan balingan terakhir dengan membuat 534 jatuhan pin manakala Joo Woo sekadar melakukan 511 jatuhan pin.
4. Emas Ke-4
Regu Sepak Takraw
Regu lelaki negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) menyumbang emas tunggal pada hari ini setelah menewaskan regu Indonesia, 18-21, 22-20 dan 21-11 di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang.
Kemenangan itu cukup bermakna untuk skuad negara yang menamatkan kemarau pingat emas selama 24 tahun selepas kali terakhir memenangi acara berkenaan pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.
5. Emas Kelima
Mohd. Azizulhasni Awang
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang meraih pingat emas Sukan Asia 2018 dalam acara pecut individu. Mohd. Azizulhasni meraih pingat emas selepas menewaskan pelumba dari Jepun, Fukaya Tomohiro dalam aksi akhir pecut individu.
6. Emas Ke-6
Mohd Fauzi Kaman Shah (Laser Open 4.7)
7. Emas Ke-7
Squash Berpasukan Lelaki
Pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno.
Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri selepas juara kebangsaan, Ivan Yuen Chee Wern memberi tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada Yip Tsz Fung.