10 Info Tentang Venom Ini Buat Korang Lebih Paham Sebelum Menonton Di Panggung..!!!

Sebelum kau pergi ke panggung wayang untuk tengok venom, kau baca thread ni dulu lebih-lebih lagi kalau kau tak ada sebarang info tentang venom. Kaki Marvel yang dah kenal Venom dari Klyntar Planet boleh skip this part. 


1. Venom adalah?
Venom adalah kisah berkenaan tentang seorang wartawan yang dijadikan 'host' oleh parasit dari planet Klyntar yang dinamakan Symbiote. Symbiote akan mencari host untuk mereka hidup dalam rupa 'Venom'. Apabila mereka dah jumpa 'host', natural symbiote akan berubah mengikut host.


Misalnya, sekiranya 'host' itu baik, maka dia akan jadi 'Venom Baik'. Kalau dia masuk dalam orang jahat, dia akan jadi 'Vemom Jahat'. Soalannya, dalam movie nanti venom baik atau jahat?  



2. Sifat Semulajadi Sumbiotes
Sebelum kita bongkar 'Venom' mana akan muncul di panggung wayang, kita kena tahu sifat semula jadi Symbiotes itu sendiri. Symbiotes sifat neutralnya adalah 'anti-hero'. Dia bukan superhero dan dia juga bukan villain. Apa itu anti-hero? Okay ni info tambahan.


3. Sifat Anti-Hero
Anti-hero adalah watak yang tidak ada sifat-sifat superhero macam nak selamatkan dunia la, nak baiki sistem politik la no, dia tak ambil kisah hal orang lain dia dengan diri dia sahaja. Dia bunuh orang tapi bukan bunuh sebab nak kuasai dunia, No.

Dia lebih ke arah membalas dendam dan capai matlamat peribadi berskala kecil. Contoh kau tanya? Contohnya The Punisher dan Deadpool, dua ketul ni antara antihero yang famous dalam Marvel.


Berbalik pada Venom, jadi bila sifat asal venom ni anti-hero, tendency untuk dia jadi villain ada, untuk jadi superhero pun jada. Bergantung pada host dia.

 Villain <--> Antihero <--> Superhero

4. Venom Jahat
Venom yang mana yang jahat sangat tu? Memperkenalkan, The Carnaaaaaageeee!


Carnage adalah Klyntar (Symbiote+Host) yang jahat. Villain, supervillain. Kenapa Carnage jahat? Tubuh asal Carnage adalah milik seorang psycopath, serial killer, sebiji perangai macam Joker (DC). Ditakdirkan Symbiote pi masuk dalam jasad mamat ni, lahirlah Carnage.


5. Venom Baik
Jadi siapa pula Venom yang baik? Dipersilakan Agent Venom naik ke pentas!


Agent Venom adalah hasil gabungan Symbiote dengan seorang askar yang berkhidmat di Timur Tengah. Kaki dia injured, then diorang masukkan Symbiote dalam jasad askar tu, dengan sifat 'heroic' yang ada pada host, lahirlah Agent Venom.


7. Venom Dalam Movie
Jadi movie nanti citer pasal Venom mana eh? Movie nanti cerita tentang Venom Venom. Ya! VENOM!
Venom adalah nama bagi Klyntar gabungan Symbiote pada orang yang biasa-biasa. Dalam cerita nanti, Symbiote masuk dalam seorang wartawan. Kalau ikut komik nama dia Eddie Brock la. Apabila dia masuk dalam jasad seorang yang normal, Klyntar akan jadi sifat asal Symbiote itu.

Jadi sifat symbiote semula jadinya ADALAH ANTI HEROOOOOOO.

Jadi Venom kat panggung nanti, dia bunuh orang sebab orang cari pasal dengan dia. Bukan sebab nak takluk bumi bunuh orang sebarangan no.





9. Term-Term Symbiote
Rumusannya, Symbiote masuk dalam badan orang jahat, dia jadi Klyntar jahat. Symbiote masuk dalam badan orang baik, dia jadi Klyntar baik. Symbiote masuk dalam badan orang biashe-biashe, dia jadi anti-hero. Jadi kau jangan confuse dengan terms aku pakai. 

Symbiote = Parasit dari Klyntar Planet
 Host = Manusia tempat parasit menumpang.
 Klyntar = Hasil gabungan symbiote+host.

Kisahnya, bila Symbiote angkat kaki dari jasad Eddie Brock, mamat tu tak jadi Venom dah la. Lepas tu dia dapat sakit kulit lah, then ada kanser la, macam-macam penyakit. Lepas tu Eddie ni cari la ubat nak sembuhkan penyakit dia.

Tah macam mana ubat yang depa cucuk dekat Eddie ni ada tindak balas kimia dengan saki-baki symbiote dalam saluran darah dia. Secara tak sengaja, terhasil lah species Symbiote baru yang digelar Anti Venom.

Sifatnya Symbiote kontradik dengan Venom sebab dia lawan kepada venom. Anti kepada Venom. Jadi dia dapatlah healing power dan ubati segala jenis penyakit yang ada pada tubuh seseorang manusia. Semua jenis cacat cela dia repair. Kisah anti venom ni panjang. Nantilah aku cerita.


10. She-Venom
Oh ada lagi, ni she-venom. Venom perempuan, kalau kau tengok trailer kau nampak awek Eddie Brock kan? Ha minah tu nanti lepas dah kawen then dia cerai tak silap aku, waktu dia jadi she-venom ni dia dah jadi janda Eddie dah. Okay tu je bai.


Okay sekarang ni aku rasa done kot untuk thread venom. Tiada spoilers di keluarkan, aku tak cerita tentang plot dan story line venom pun, tu aku simpan untuk kau tengok sendiri kat panggung nanti.

Kredit : @Amirulhanafy

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post