Nokia, satu jenama yang tak perlu dihurai panjang kejayaannya suatu ketika dahulu. Cukup selesa mendominasi pasaran telefon dunia tetapi disebabkan terlalu perlahan untuk bersaing dengan pengeluar lain, hampir menguburkan empayar syarikat Finland itu.
Apa tidaknya, iOS dengan Android dah mula mengorak langkah, Nokia masih bersama Symbian mencari arah. Sebelum artikel ini kelihatan hilang hala tuju, lebih baik kita tumpukan pada topik sebenar iaitu nama samaran untuk model Nokia yang pernah dipasarkan dalam negara.
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita pernah mempunyai pengalaman menggunakan telefon berjenama Nokia, sekurang-kurangnya sekali. Betul? Rekaan luaran tahan lasak, bateri tahan seminggu, diiringi permainan asas menyeronokkan seperti Snake, Space Impact dan Bantumi.
Mungkin kerana nama asal yang kurang menarik dan juga sukar diingati, sesetengah dari kita gemar memberikan nama lain untuk telefon Nokia berdasarkan rupa bentuk dan beberapa asbab yang lain. Seperti contoh….
1. Nokia Sabun (Nokia 6600)
Bentuknya sedikit gempal dengan melengkung disetiap penjuru. Ya, sekali pandang teringat pula sabun Popinjay, sabun buku peneman mandi zaman kecil-kecil dahulu.
2. Nokia Daun (Nokia 7610)
Merupakan pengganti kepada Nokia 7600. Lihat saja bentuk sudah tahu kenapa ia dipanggil daun. Ada sebuah model lagi orang panggill “baby daun”, Nokia 7620 yang bentuknya kecil sedikit.
3. Nokia Sembilu (Nokia 3650)
Kalau sekarang tengah trending drama Jangan Benci Cintaku, dahulu drama Sembilu menjadi penyeri dikaca tv sekitar 2005.
Watak dipegang Hetty Sarlene ketika itu ada menggunakan Nokia 3650, tak semena-mena model tersebut dipanggil “Nokia Sembilu”. Ada juga yang panggil Nokia Lesung Batu disebabkan bentuk bujur dibahagian bawah.
4. Nokia Pisang (Nokia 8110)
Dilengkapi dengan penutup pad kekunci yang menggelungsur dan rekaan melengkung menyerlahkan lagi bentuk “pisang” telefon bimbit ini.
5. Nokia Butterfly (Nokia 8250)
Antara model yang mempunyai rekaan kacak dari Nokia. Butang navigasi mempunyai bentuk seperti rama-rama.
6. Nokia Lipstick (Nokia 7280)
Berbentuk petak panjang seperti gincu mulut. Amat payah untuk menaip disebabkan tiada pad kekunci.
7. Nokia Batu (Nokia 3310)
Model paling popular dalam banyak-banyak keluaran Nokia. Tiga-tiga sekup, tiga-tiga sekupang, nokia baling anjing dan beberapa nama yang tidak sesuai ditaip. Model paling lasak pernah dimiliki, jatuh dari tingkat 3, ditendang macam bola ragbi, tercelup dalam mangkuk mee segera, tapi Nokia 3310 masih berfungsi dengan baik.
Nama yang diberi memang sinonim dengan bentuk model handphone Nokia tersebut.