10 RANCANGAN TV YANG PATUTNYA KEMBALI DAN BUKANNYA DIISI DENGAN CJ WOW SHOP NL Mari kita berterus terang. CJ Wow Shop sucks. Rancangan berbentuk telemarketing ni patutnya dah pupus sezaman dengan kepupusan SmartShop di era 90an. Ada 10 siri TV yang patut ganti CJ Wow Shop.
1. DUNIA BARU THE SERIES
The fact that tweethandle kami, yang ada lebih kurang 1,800 followers sahaja, mampu mendapat 17k likes kerana Dunia Baru, membuktikan bahawa orang ramai mendambakan rancangan ini untuk kembali. Lagipun, orang semua nak tahu apa jadi pada Opie dan gang.
2. GHOST
Kitorang tahu yang Ghost ada siri 2, tapi entah kenapa TV tak siarkan, hanya siarkan yang pertama je. Plus, kitorang rindu Cheryl Samad lah weh.
3. KAMI THE SERIES
Walaupun undian kami menunjukkan Dunia Baru benar-benar menapau Kami, tapi deep down, Kami masih ada di dalam hati ramai peminatnya yang tersendiri. Plus, kami semua nak Ali kembali beb.
4. KOPITIAM
Entahlah tapi bagi aku, Kopitiam adalah simbol perpaduan negara. Disinilah pelakon dari pelbagai bangsa yang tinggal di Malaysia berlakon dalam siri drama yang paling aku enjoy tengok. Rindukan perpaduan kaum? Tontonlah Kopitiam.
5. SENARIO
Rancangan yang sememangnya digilai ramai satu ketika dahulu sewaktu zaman kegemilangan kumpulan senario menggeletek penonton dengan lawak mereka.
6. SPANAR JAYA
Satu-satunya penglibatan Ahmad Idham yang waras untuk aku tonton. Dan watak Abdulla watak warga imigran Bangladesh lakonan Radhi Khalid, is my favourite. Dan Opie Zami memang terbaik.
7. BLOGGER BOY
Serius Sempoi tv series ni dan penuh dengan drama, dimana boleh tengok aksi nad Zainal waktu awal-awal kemunculan dulu.Kisah percintaan blogger boy yang sering dilanda drama.
8. CILI PADI
Cili cili padi hiburan kami...Lili tak tau rap..kalau lili salah jangan marah marah lili tau.... itu antara bait lirik lagu tema cili padi yang masih terngiang. Kisah empat kanak-kanak lakonan Shafik, Tam, Anne Ngasri dan Melissan Saila yang sering mengganggu kehidupan Cikgu Jaafar dengan karenah serta kenakalan mereka.
9. SAMBAL
Rancangan komedi TV3 yang menampilkan Amalina
10. OPAH
Kisah seorang Opah yang suka melatah bersama tiga orang cucunya cukup mencuit hati. Watak Joyah si mulut murai cukup sinonim dengan rancangan ini.
MAT DESPATCH
Lima orang gadis lakonan Raja Azura, Sharifah Shahirah, Amyza Aznan, Enot dan Azza Elite yang diterima bekerja di syarikat penghantaran surat yang dimonopoli kaum lelaki. Di sana mereka bertemu sekumpulan pekerja lelaki yang akhirnya menjadi kawan-kawan mereka. Bermulalah episod cinta, menaruh perasaan dan dikecewakan yang menjadi intipati drama ini.
Malaysia perlu banyak rancangan Gameshow mcm satu era kegemilangan Hwo Want to be A Millionaire, Jangan Lupa Lirik, Deal or no deal, Perdana Ria, Famili Ceria,
Rancangan gameshow yang menguji kecergasan minda meneka ayat dan perkataan. Memang hiburan seisi keluarga sama-sama berkumpul bila tengok gameshow ni.
Orang muda sekarang lebih beralih kepada tv online. So dorang kenalah reform untuk orang muda tengok TV balik, atau reform jadi syarikat TV internet.
Tak dinafikan generasi skrg lg kerap tgk video di socmed. Advertising di socmed murah dan hampir tidak memerlukan sebarang kelulusan atau lesen. Kos produk juga dapat dikurangkan pada marketing.
The point is, semua ni tak dikembalikan pun tak apa. Gantikan dengan rancangan TV yang sememangnya rancangan TV, bukannya iklan yang membebel berjam2 ke atas produk yang entah apa-apa dan membosankan penonton.
Kredit : TamanBunyi