13 Langkah Penipuan Licik Pembelian Atas Talian, Peniaga Online Keana Alert!

Licik, Itulah teknik penipuan terbaru tentang Pembelian atas talian yang dikongsikan seorang pengguna facebook Hafifi mengenai pembayaran seorang pembeli yang menggunakan SCHEDULED PAYMENT. 

Successful tapi duit belum masuk 



Ikuti 13 Kronologi penipuan schedule Payment ni. Dibawah


Resit ini adalah asli tetapi wang tak masuk 

TEKNIK PENIPUAN PEMBAYARAN ATAS TALIAN  dengan menggunakan Scheduled Payment

1. Buat SCHEDULED PAYMENT

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang

Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di 'screenshot' dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan 'normal transfer'. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat 'tracking' number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

Macam-macam cara kalau orang nak menipu sekarang ni, Sebagai pengguna kenalah bijak dan khusus bagi mereka yang sering berurusan atas talian ini kena ALERT kes ini supaya ianya tidak terjadi kepada anda suatu hari nanti.

Make Sure Duit dah masuk account dulu baru pos barang!.

SEMAK AKAUN SELALU!

Kredit : HafifiHafidz

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post