Kawan, sahabat dan teman secara amnya membawa maksud yang sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Sudah realiti sebuah kehidupan tidak lari daripada perasaan saling sayang-menyayangi.
Jom kita selongkar kisah kawan sebenar yang dikongsikan ini.
Flashback
Aduh! Sakitnya
Mungkin kadang-kadang hati ini mudah terusik,tatkala mengharap perhatian sahabat namun tidak dapat kita nikmati. Mungkin kerana sibuk atas urusan, barangkali kerana lupa seperti mana saya juga sering lupakan mereka atau mungkin kerana sudah tiba masanya untuk kita bersikap serius dalam kehidupan ini dan memandang jauh ke hadapan.
Tidak selamanya kita akan dikelilingi sahabat baik yang kita harap dapat membimbing dan mendidik diri kita ini. Ada sahaja kemungkinan Allah campakkan diri kita di atas sebuah pulau yang kontang dengan Islam dan kita tidak punya sesiapa kecuali Allah untuk membantu kita menghidupkan dakwah di bumi itu. Sudah tiba masanya kita bergantung lebih pada Allah berbanding dengan manusia.
Subhanallah, sahabat itu terlalu penting, namun tidak selamanya mereka dapat bersama kita. Sahabat boleh pergi dan berganti, namun Allah tetap di sisi.
Tetapi ingatlah, jika hari ini kita membawa haluan usah bersedih atas perpisahan ini.
Benar, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, jangan salahkan pertemuan kerana tanpanya kita pasti tidak bertemu.

Kredit : Mfr studio