5 Perkara Perlu Buat Sekiranya Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi banjir kilat yang teruk berlaku di Puchong, Klang, Bandar Sunway dan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang. Tragedi ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk dan ada juga kereta yang terkandas dek kerana air banjir yang agak tinggi parasnya.

Negara kita sekarang ini cuaca agak tidak menentu, hujan turun juga tidak tentu masa. Mungkin, ada dalam kalangan anda yang takut nak redah hujan ketika hujan lebat kan? Takut nanti terperangkap dalam banjir!

Agaknya anda pernah tak terfikir sekiranya kereta anda terperangkap dalam banjir, apa agaknya yang perlu anda buat? Adakah berdiam diri saja di dalam kereta? Bagaimana agaknya nak menyelamatkan diri?



Jadi, penulis senaraikan 5 perkara yang wajib anda lakukan jika terperangkap dalam banjir. Jom semak!





1. Jangan panik

Sebaiknya, cari jalan alternatif dan jangan redah banjir. Kalau air masih tidak naik dengan deras, pandu kereta dengan perlahan-lahan pada gear rendah (sekitar 20km/h) dan jangan lepaskan minyak. Kekalkan saja momentum pemanduan anda. Lagi bagus, check laluan anda menggunakan aplikasi Waze untuk lihat kawasan yang akan anda lalui itu banjir ataupun tidak.

2. Matikan enjin kereta

Sekiranya anda terperangkap di dalam jalan raya yang sesak, sebaiknya sebelum air naik lebih tinggi, matikan enjin terlebih dahulu. Sumbatkan lubang ekzos kereta anda dengan sesuatu yang padat dan kalis air seperti plastik.

3. Cabut terminal bateri kereta

Anda boleh cabut bateri kereta jika air deras naik. Anda tak tahu berapa lama kereta akan berada di situ kan? Jadi, sebaiknya selamatkan nyawa kereta anda dengan cabut bateri terlebih dahulu!

4. Selamatkan barangan berharga

Anda perlu selamatkan semua barangan berharga dan tinggalkan kereta anda secepat mungkin. Ini kerana, bukan setakat air saja yang akan naik dan memasuki kereta anda, malah, lumpur atau bendasing yang lain akan turut mengotorkan kereta anda.

5. Jangan hidupkan enjin kereta jika ditenggelami banjir

Jangan sesekali menghidupkan enjin kereta jika kereta anda ditenggelami banjir besar. Lebih baik, hubungi mereka yang berprofesional seperti trak tunda untuk mengendalikan kereta selepaas air surut.

Maka, berhati-hati dan sentiasa bersiap siagalah selalu untuk menempuhi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku ketika dijalan raya.

Sumber: Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post