5 Langkah Mudah Buat Oden (Family Mart) Sendiri Di Rumah

Oden merupakan sebuah makanan yang berasal dari negara matahari terbit. Baru-baru ini sebuah kedai serbaneka dari Jepun telah mula beroperasi di Malaysia dan antara tarikan kedai terbabit adalah makanan oden ini.Kedai tersebut hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang dimana menyukarkan mereka yang luar dari kawasan untuk merasai keenakan oden ini.  


Namun, itu tidak menghalang orang ramai terutamanya para ibu menghasilkan resipi oden mereka yang tersendiri. Lebih sedap dan lebih jimat! Boleh lah buat dekat rumah nanti.


Cara mudah masak Oden Style Family Mart.   

Bahan - bahan: 
  • Perencah Asam Pedas Perencah Tomyam 
  • Sedikit air limau 
  • Perasa Knorr 
  • Air
  • Fishball steamboat mix, (Ada jual di Giant, dalam pek tu ada macam-macam jenis ball) 
Perencah Asam Pedas

Perencah Tomyam Adabi

Fishball Steamboat Mix

Cara - cara buat kuah Oden 

1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air. 

2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing. 

3. Tambah sedikit perasa jika perlu.

4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi. 

5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.

6. Sedia untuk dinikmati & Selamat Mencuba! 

Selamat mencuba. 

No comments

Powered by Blogger.