5 Pilihan Kereta Mampu Milik Terbaik Untuk Fresh Grads

Dah jadi kebiasaan atau trend anak muda zaman sekarang. Sejurus dapat je kerja lepas graduated, mesti ramai yang dah target nak beli kereta.

Jenama tempatan untuk orang tempatan.


Top 5 kereta mampu-milik terbaik untuk fresh grads, 
Jom Kita Selongkar

5. Perodua Bezza RM35,000 
Perodua Bezza adalah sedan EEV pertama malaysia yg mana ianya memberi keselesaan kepada ruangan dalaman, dan kekuatan enjin dengan teknologi VVT-i yg mana lebih menjimatkan minyak. 
Selain itu Perodua Bezza juga mempamerkan teknologi masa kini yg lebih effektik.   



4. Proton Iriz RM38,000 
Jika anda mencari sebuah kereta bandar yang hampir sempurna pada harga mampu milik, Iriz adalah calon yang patut diletakkan dalam senarai.

3. Proton Saga RM30,000 

Saga sememangnya sebuah kereta yang unik kerana ia dibina khusus untuk pasaran Malaysia. Oleh kerana ia direka, dirancang, dibina dan dijual oleh orang Malaysia, maka sememangnya ia ialah sebuah kenderaan yang memenuhi citarasa kebanyakan rakyat Malaysia. 


2. Perodua Myvi RM44,000 


Semua orang tahu akan track record cemerlang model Perodua ini. Dengan harga yang bermula dari serendah RM44,300 sehingga RM55,300 lengkap dengan lampu LED, acoustic windscreen, sistem ASA, VSC dan enam beg udara, sangat lengkap pada harga segitu.

1. Perodua Axia RM25,000  

Perodua Axia versi facelift 2017 telah pun dilancarkan secara rasmi. Ia masih kekal ditawarkan dengan lima varian, tetapi diberikan rupa yang lebih segar serta pelbagai perincian baharu. 



 Sebelum beli kereta pastikan ada simpanan kecemasan 6 bulan gaji dan sebab apa kau nak beli kereta. kau tak tahu apa akan jadi di kemudian hari. jadikan kereta sebagai aset bukan liabiliti.


  Ada yang berseloreh

Memang bergaya, tapi lambat kaya… 

Baru beberapa bulan bekerja, dah bergaya dengan kereta baru… Kalau adik-adik ni tahu, kereta baru itu mungkin melambatkan mereka untuk lebih kaya! 

Sebabnya, mereka perlu kumpul duit untuk kahwin, untuk duit hantaran, untuk majlis kenduri, untuk sara hidup ‘anak orang’ lepas kahwin yang pastinya berlipatkali ganda kosnya.  

Mereka perlukan duit untuk settlekan hutang pendidikan, nak masuk rumah bila dah kawin, nak cukupkan kelengkapan rumah, nak sambut kelahiran anak pertama dan segala-galanya perlukan duit. Itu belum kira nak siapkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji, tapi duit dah siap-siap dikorban untuk kereta!
Tepuk Dada tanya selera. Jangan kerana selera kita berlapar.

Kredit :AnnaSoeraya  

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. benar. Terima kasih atas perkongsiannya. 🌷😇😍

    ReplyDelete
  2. kalau dah mampu apa salahnye ye..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post