10 Anak Selebriti Malaysia Popular Seiring Perkembangan Media Sosial

Generasi Budak budak baru nak up dilabel pada artis-artis baru industri hiburan Malaysia. Tapi ada satu genarasi lain lagi yang menjadi perhatian dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri di laman media sosial.

Artis tempatan akan sentiasa menjadi perhatian umum. Apa yang mereka lakukan, fesyen yang digayakan mahupun ke mana mereka pergi, semuanya mahu diketahui oleh para peminat. Malahan, anak kepada artis terkenal berkenaan turut akan menerima tempias populariti ibu atau bapa mereka. Ada juga anak-anak artis telah ditawarkan menjadi duta produk mahupun model iklan serta pelakon pada usia yang masih kecil kerana kecomelan mereka.

Lebih menarik lagi, ada di antara mereka yang mempunyai ribuan pengikut di media sosial mengatasi populariti ibu bapa masing-masing.

Mari lihat 13 anak pasangan selebriti yang terkenal dengan keletah dan kecomelan masing-masing.

1. Lara Alana


Sejak dilahirkan, Lara Alana berjaya mencuri tumpuan media dan peminat kepada kedua ibu bapanya yang juga merupakan artis terkenal, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.


2. Ahmad Fakhtaruddin Attar & Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa

 

Pasangan merpati dua sejoli iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal seringkali dilihat mempamerkan kemesraan keluarga mereka di laman Instagram. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel dan mencuri perhatian peminat.


Anak lelaki sulung hasil perkongsian hidup pasangan ini bernama Ahmad Fakhtaruddin Attar yang kini hampir mencecah usia empat tahun. Anak kedua pula adalah anak perempuan yang sangat comel dinamakan sebagai Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.


Si comel ini mempunyai wajah yang persis ibunya selain karakter yang periang dan gemar tersenyum. Lara juga telah dilantik untuk menjadi duta kepada beberapa produk bayi dan kanak-kanak terkenal seperti Yakult.

3. Aaisyah Dhia Rana

Foto Kredit : Instagram Rozita Che Wan

Ramai netizen pastinya mengenali puteri sulung Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin. Aaisyah yang petah bercakap dan gemar bergaya seperti model ini sangat disukai oleh ramai orang termasuk rakan artis.

Gaya fesyen si cilik Aaisyah juga sama hebat seperti ibunya yang memang gemar berfesyen. Aaisyah juga tidak kekok berhadapan dengan kamera dan turut menjadi duta kepada beberapa produk semenjak masih bayi.

4. Muhammad Kamil

 
Pasangan muda Farid Kamil dan Diana Danielle mempunyai anak lelaki sulung yang kacak seperti bapanya dan raut wajah campuran Pan-Asian seperti ibunya.


 Muhammad Kamil yang kini berusia lima tahun juga menjadi model iklan bagi produk jenama Lifebuoy. Kamil juga mempunyai adik perempuan yang dilahirkan dua tahun lalu bernama Nur Aurora. Kedua-dua pasangan beradik ini berjaya membuatkan netizen jatuh cinta dengan keletah mereka.

5. Karl Kareef & Arianna Aubrey


Hasil perkongsian hidup antara Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Kecomelan anak kembar kepada pasangan yang bernikah pada 31 Ogos 2014 ini mendapat pujian netizen yang sangat geram dengan kecomelan mereka. Anak kembarnya juga dilihat gemar mempamerkan pelbagai reaksi muka dan gelagat yang lucu ketika bergambar.

6. Arrian Shah Akid & Andrashah Iman




Arrian, 5 tahun dan Andra, 2 tahun mencuri tumpuan netizen gara-gara kegilaan mereka terhadap makanan kegemaran iaitu ayam goreng. Anak kepada pasangan Tomok dan Rahayu Abas ini juga fasih dalam berbahasa Inggeris.

Malah, ramai juga yang memuji gaya percakapan Arrian di dalam bahasa Inggeris adalah lebih baik berbanding orang dewasa. Kini, keluarga ini sedang terbabit dalam satu rancangan televisyen dikenali sebagai Rockstar Junior Arrian dan Andra yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu jam 9.00 malam.

7. Aisy Marteen


Aisy Mateen merupakan anak kepada pasangan pelakon terkenal iaitu Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang juga merupakan adik kepada Farid Kamil. Aisy dilahirkan pada tanggal 21 Julai 2016 dan sangat suka tersenyum setiap kali berhadapan dengan kamera.


8. Nadi Anaqi



Pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sentiasa menarik perhatian netizen dengan kapsyen gambar di Instagram mereka yang melucukan. Pasangan suami isteri ini juga mula menjadi tumpuan apabila sering dilihat mengunjungi majlis ilmu agama bersama-sama.  Kehadiran Nadi Anaqi, 4 tahun dalam hidup pasangan ini telah menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

9. Aurora Heyricca



Aurora, 1 tahun merupakan anak kedua Faezah Elai bersama suami, Heykal Hanifah. Faezah seringkali memuatnaik video serta gambar anaknya menerusi akaun Instagram miliknya.

Lihatlah kecomelan Aurora Heyricca yang ternyata memiliki raut wajah persis pelakon Hindustan. Dengan bulu mata yang melentik serta pipi seperti pau, pasti ramai yang teringin untuk mempunyai anak seperti Heyricca.

10. Arif Jiwa


Cucu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf kini terbuka untuk menerima tawaran lakonan dan iklan. Kata Asyraf, 26, dia dan isteri, Tya Ariffin terbuka untuk menerima sebarang tawaran untuk anaknya.


Arif pernah dinobatkan sebagai Bintang Cilik MeleTOP menerusi Anugerah MeleTOP Era (AME2018) dan Kemenangan itu menumpaskan empat si cilik popular lain; Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Syeriv Samheizy.
 
12. Yusuf Iskandar

Foto Kredit : Instagram Yusuf Iskandar

Yusuf Iskandar dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan dikenali menerusi rancangan televisyen Hairul Hanis Junior. Di dalam rancangan berkenaan, kucing peliharaan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernama Bujibu Chempel turut menempah populariti serta mempunyai akaun Instagramnya sendiri!

 Putera sulung pasangan ini menjadi tumpuan kerana kecomelan serta gelagatnya yang bersahaja bersama kucing kesayangan. Malah, pasangan duo Bujibu dan Yusuf ini kelihatan seperti adik-beradik kerana sering melakukan aktiviti bersama!

10 Anak Selebriti Malaysia Popular Era Baru Yang Membesar Seiring Perkembangan Media Sosial

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post