24 Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) Meraikan Karyawan Industri Filem Dan TV

Semalam telah menyaksikan sebuah anugerah berprestij tahunan, Anugerah Skrin 2018 yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Anugerah kali ini berpihak kepada filem Dukun dan drama Pendosa Ingin Ke Syurga apabila kedua-duanya berjaya merangkul anugerah filem dan drama terbaik.

 
Jumaat 2 November 2018, 9.00malam



Dimensi baharu ditampilkan apabila tiada hos utama dalam anugerah ini, sebaliknya menampilkan 12 selebriti popular yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan anugerah.

12 penyampai anugerah tersebut adalah Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Maya Karin, Ayda Jebat, Zahirah Macwilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2018 : 

Kategori Teknikal

Penyunting Drama Terbaik - Qalbu


Videografi Drama Terbaik - Nisaa

Lakon Layar Terbaik - Dukun

Lakon TV Terbaik - Aku Nazmi

Rancangan Majalah Terbaik - 999


Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Normah Damanhuri : Pinjamkan Hati


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Namron : Dukun

Drama Komedi Terbaik - Mat Rukun


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fauziah Nawi : Pendosa Ingin Ke Syurga


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi : Qalbu


Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Skrin 2017 


Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli : Nur


Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle : Nur


Pengarah Terbaik Filem - Dain Said : Dukun

Pengarah Terbaik Drama - Rashid Sibir : Pendosa Ingin Ke Syurga 


Pelakon Wanita Terbaik Filem - Datin Seri Umie Aida : Dukun


Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam : Pinjamkan Hatiku


Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nad Zainal : Fatonah Azali


Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Jay Iswazir : Aku Nazmi


Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Green Wall


Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Nur 


Filem Terbaik - Dukun 


Drama Terbaik - Pendosa Ingin Ke Syurga 

 


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!


Kredit  : Instagram @tv3malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post