7 Maksud Istilah Page View, CPC, CTR dan RPM Dalam Google AdSense

Tips Adsense | Fahami Maksud Page View, CPC, CTR dan RPM

Tips Adsense | Fahami Maksud Page View, CPC, CTR dan RPM. Hai blogger yang dah ada akaun Adsense. Sep sikit! Berapa banyak dah tabung adsense korang? Dah berapa kali keluarkan duit Adsense? Masih mengumpul...



Takpe takpe pelan pelan kita kayuh sampai penuh tabung... Tapi dalam usaha memenuhkan tabung Adsense tu, marilah kita kaji dan fahami istilah-istilah yang ada dalam akaun Adsense kita. Bila dah faham istilah-istilah ini senanglah kita nak penuhkan tabung Adsense kita dalam masa yang singkat. Ehemmm...

Macam sesetengah blogger tu siap boleh dapat USD 1k sehari... Sebulan? Bestkan? Kita? Hihi...Nak capai USD 1 pun belum tentu.



Kenapa eh? Sebab itulah kena faham maksud Pave View, CPV, CTR dan RPM dalam Google Adsense.


1. Page View


Page view juga di kenali sebagai page impression. Ia bermaksud jumlah halaman yang mengandungi kod/iklan google Adsense dilihat oleh pengunjung blog. Nilai Page View tidak dipengaruhi jumlah iklan yang dipaparkan. Contohnya jika iklan dalam page ada 3 dan halaman tersebut di lihat 10 kali maka jumlah page view hanyalah 10 bukannya 30.

2. Impressions



Impressions pula bermaksud jumlah iklan yang ditampilkan dalam blog kita. Perkataan impressions ini juga di gunakan dalam webmaster tools tapi memberi maksud yang lain iaitu jumlah halaman yang di berjaya berada dalam carian google atau carian yang lain. Semakin banyak impressions menunjukkan bahawa page dalam blog kita senang di cari oleh google atau mesin carian yang lain. Jadi, untuk mendapat banyak impressions.. Blogger kena tahu tentang SEO.

3. Clicks





Clicks dalam google Adsense adalah jumlah terkumpul Clicks yang di perolehi dari google Adsense yang di pasang di blog.



4. CPC (Cost Per Clicks)



CPC adalah jumlah yang di tawarkan oleh Advertiser untuk satu klik iklannya oleh pengunjung. USD yang kita perolehi untuk satu klik iklan bersamaan dengan nilai CPC untuk iklan tersebut. Semakin tinggi nilai CPC, semakin tinggilah peluang untuk mendapat duit dari Adsense.

Walaubagaimanapun, nilai CPC dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya jumlah iklan dalam blog, jenis iklan, sumber pengunjung dan lain-lain. Nilai CPC untuk setiap iklan adalah rahsia Google dan advertisers tapi sekarang ni dah ada tools untuk jangkakan nilai CPC. Nilai CPC berbeza dan ia bergantung kepada kata kunci. So, kena rajin study tentang kata kunci... Salah satu tools yang korang boleh guna untuk semak kata kunci yang tinggi adalah melalui webs SEMRush.


5. CTR (Click Trough Rate) 




CTR adalah perbandingan berbentuk peratusan yang mengira jumlah klik dan jumlah iklan adsense yang berkaitan dipaparkan. Jika iklan dipaparkan sebanyak 1000 kali, kemudian iklan tersebut mendapatkan klik sejumlah 10 kali maka nilai CTR nya dapat kita aadalah seperti berikut (10/1000 x 100%)=1%. Jadi jika dalam 1000 kali tampil, iklan mendapatkan klik pengunjung sebanyak 10 kali, bermakna nilai CTR untuk iklan tersebut adalah 1%.

Nilai CTR memberi maklumat tentang cara klik iklan tersebut. Jumlah CTR normal adalah dari 0 hingga 5 saja tapi jika mendapat 100% itu adalah tanda tidak normal ataupun telah berlakunya fraud clicks.

6. RPM




RPM adalah hasil bahagi antara jumlah pendapatan publisher dengan jumlah impresi halaman (per 1,000) yang ia dapatkan dari iklan-iklannya. Sebagai contoh, publisher yang menghasilkan $200 dari 50000 impressi akan memiliki nilai CPM sebesar USD4 (nilai tersebut didapat dari pengiraan berikut: [jumlah penghasilan /(impressi/1000)]= (200/(50.000/1000)=200/50=4.



7. Estimated Earning



Estimated Earning adalah jumlah hasil yang di perolehi dari iklan yang di pasang. Nilai estimated earning adalah hasil darab klik dan CPC. Semakin tinggi nilai CPC, semakin tinggi estimated earning yang akan kita perolehi. Semakin banyak klik, semakin banyaklah jumlah pendapatan yang akan kita perolehi.


Walaubagaimanapun, blogger perlu faham semua istilah adsense ini adalah saling berkaitan untuk menghasilkan estimated earning yang tinggi. Faham semua istilah dan jom kita hasilkan income adsense yang tinggi setiap hari. Chaiyokk!

4 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Tula keliru bila tengok dalam adsense tentang rpm ni.. Penerangan yang baik terima kasih

    ReplyDelete
  2. baru fhm tentang adsense nie.. bahagia rpm tu kadang2 saya blur. tq untuk penncerahan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post