Nak Berhenti Kerja? Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul - Jangan Bla Macam Tu je

Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial.

Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu; lebih berani, terbuka, berani bersuara dan mahukan cabaran dalam hidup.


Berhenti kerja untuk mencari pengalaman baru atau menerima tawaran yang lebih baik bukanlah satu perkara yang negatif. Namun, cara kamu berhenti itu amat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan reputasi tetapi kepada orang lain terutamanya majhikan dan rakan sekerja yang mahu korang tinggalkan. 

Jadi jom kita selongkar 10 adab berhenti kerja

1. Make Sure Nak Berhenti
Pastikan betul-betul buat keputusan untuk berhenti sebelum beritahu majikan. Kalau masih teragak-agak, diamkan dulu.


2. Bincang Secara Lisan
Bincang dan maklumkan secara lisan hasrat untuk berhenti sebelum mengemukakan surat perletakan jawatan. Berikan majikan bayangan dulu. Sesetengah bos cepat terperanjat.


3. Cakap Elok-Elok
Bos juga ada perasaan. Belai perasaan itu. Biar dia menjadi orang pertama tahu kita nak berhenti kerja; bukan mendengarnya melalui orang lain.



4. Beri Notis Sewajarnya
Berikan notis perletakan jawatan mengikut tempoh yang sewajarnya. Sekiranya kontrak pekerjaan mensyaratkan tiga bulan, patuhi syarat itu.


5. Jaga Nama Baik 
Sehingga saat terakhir kita meninggalkan tempat kerja, kita adalah staf - walaupun dalam tempoh bercuti. Usah lakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan organisasi.


6. Give The Best Last Impression
Berikan yang terbaik kepada organisasi sehinggalah kita menamatkan tugas. Memberikan notis perletakan jawatan bukanlah alasan untuk kita culas.



7. Datang Secara Baik Pergi Juga dengan Cara Baik
Walau apa sekali pun alasan kita berhenti, usah berikan orang lain tanggapan bahawa kita berhenti kerana tidak berpuas hati dengan majikan dan bos. Simpan ketat-ketat perasaan itu. Elakkan menulis buruk mengenai organisasi dan bos di media sosial, walaupun secara sindiran.


8. Tetap berhubung Tidak putus
Berusaha untuk teruskan hubungan baik antara kita dan organisasi serta bos. Ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bos kerana berikan peluang. Mungkin suatu masa nanti dia boleh berikan peluang lain kepada kita lagi.




9. Terus Ke Hadapan
Apabila kita melangkah keluar, usah pandang ke belakang. Berilah peluang pengganti kita untuk melakukan apa yang terbaik. Ketap bibir kuat-kuat. Usah berikan teguran atau kritik dia, termasuklah di belakang. Biarkan dia melakukan sesuatu yang mungkin kita tak mampu lakukan dulu.


10. Kita Pergi Meninggalkan Nama
Usah minta orang kenang budi kita selama berkhidmat dulu. Ingatlah, amat sedikit manusia yang tahu kenang budi; sama seperti amat sedikit manusia yang mahu bayar hutang. Biarlah kita menjadi manusia yang seronok berbudi, tanpa mengharap orang kenang budi.

Berhenti kerja tukar tempat kerja baru automatik gaji cepat naik dengan cara itu, tapi tak elok untuk rekod

Kredit : Norizan Shariff

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post