10 Negara Dengan Nilai Matawang Tertinggi Di Dunia 2018

Mata wang adalah sesuatu yang tak akan pernah kekal nilainya. Nilainya akan sentiasa naik atau turun bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan juga ekonomi dunia. Berikut ini adalah Daftar 10 Mata wang dengan nilai Tertinggi di Dunia.  




10. DOLLAR AMERIKA SYARIKAT (USD)



Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas, ia masih kuat dan stabil.

Negara : Amerika Syarikat
Benua : Amerika Utara
1 USD : RM 4.19


9. FRANC SWISS (CHF)

Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama mata wang CHF atau Swiss Franc ini. Ia merupakan mata wang bagi Switzerland dan Liechenstein.

Ia merupakan mata wang ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan mata wang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.

Negara : Switzerland, Liechtenstein
Benua : Eropah
Nilai Tukar dengan Dolar AS : USD. 1 .01
Nilai Tukar dengan Ringgit Malaysia (MYR) : RM4.17

8. EURO EROPAH (EUR) 


EUR adalah mata wang bagi rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan mata wang EUR adalah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.

Negara : Benua Eropah
Benua : Eropah
1 EUR : RM4.77

7. DOLLAR CAYMAN ISLANDS (KYD)
Kepulauan Cayman adalah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Mata wang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini adalah Dolar Cayman atau KYD.

Negara : Kepulauan Cayman
Benua : Amerika
1 KYD : RM5.03

6. POUND STERLING INGGERIS (GBP)

Pound sterling atau GBP adalah antara mata wang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai mata wang bagi United Kingdom sahaja, namum ia juga merupakan mata wang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.

Negara : Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia
Benua : Eropah
1 GBP = RM5.45

5. POUND GIBRALTAR (GIP)


Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Mata wang yang digunakan Gibraltar adalah Gibraltar pound (GIP). Ia boleh ditukarkan dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1.

Negara : Gibraltar (Wilayah seberang laut Inggeris Raya)
Benua : Eropah
1 GIP : RM5.36 

4. DINAR JORDAN (JOD)





Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular adalah kadar JOD kepada EUR. Terbing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.82.

Negara : Jordan
Benua : Asia (Timur Tengah)
1 JOD : RM5.82

3. RIYAL OMAN (OMR)



Oman adalah negara yang mempunyai nilai mata wang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan mata wang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman adalah kadar dari INR kepada OMR.

Kode : OMR
Negara : Oman
Benua : Asia (Timur Tengah)
1 OMR : RM 10.72

2. DINAR BAHRAIN (BHD)


BHD atau Dinar Bahrain adalah mata wang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi mata wang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain adalah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.

Negara : Bahrain
Benua : Asia (Timur Tengah)
1 BHD : RM10.95

1. DINAR KUWAIT (KWD)




Dan senarai nilai mata wang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan mata wang bagi Kuwait. Mata wang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh adalah disebabkan ekonominya yang sangat stabil.

Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.

Negara : Kuwait
Benua : Asia (Timur Tengah)
1 KWD : RM13.64

P/s : Tiba tiba rasa nak kerja di Kuwait ;p



Kredit : fxssi

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post