10 Kronologi Kematian Muhammad Adib Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Adib antara anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dikerahkan ke tempat kejadian, susulan protes penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 yang menyaksikan perusuh membakar beberapa kenderaan. 

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, diserang dan dipukul sehingga cedera parah sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 

26 November 2018


Pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.
18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yang berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.

27 November 2018
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.
Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.
Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.
28 November 2018

Muhammad Adib dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.33 malam. 




3 Disember 2018

Muhammad Adib memberi tindak balas kepada orang sekeliling walaupun masih tidak dapat bertutur.

5 Disember 2018

Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru. 

Foto : Bernama

7 Disember 2018

Muhammad Adib mula tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil serta tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

10 Disember 2018 


Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

11 Disember 2018

IJN memaklumkan Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin ECMO untuk membantunya bernafas. 

15 Disember 2018

Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira pukul 9 malam selepas paru-parunya didapati mula mengeras. 



17 Disember 2018  

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara selepas 20 hari bertarung nyawa akibat parah di paru-paru akibat dipukul perusuh dalam tragedi rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, 27 November lalu.

Takziah kepada seluruh keluarga 



18 Disember 2018
Jenazah Muhammad Adib dibawa menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah, untuk urusan pengebumian.


Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira pukul 1.45 petang.  


Adib was a fighter indeed. A hero. A firefighter who fought for his life on the hospital bed for 3 weeks. To the family, relatives & fiancee, know that the whole nation mourns Adib's death. We are all proud of him & saddened by his demise. Al-Fatihah.  


 Kes Kematian Dari Cubaan Bunuh Kepada Bunuh
Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.


“Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu.
“Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan
  
Tunang Luah Rasa Sedih 
Dua kad undangan ke majlis perkahwinan tertera nama anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan tunangnya yang tular di media sosial sejak malam tadi, terus menarik simpati netizen. 

 
Majlis yang sepatutnya berlangsung 22 Disember ini berakhir dengan kedukaan dan kelukaan. Mungkin 21 Disember ini adalah tarikh keramat mereka bergelar suami isteri. Namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
“Moga keluarga arwah Adib akan tabah dan buat tunangnya jua, moga kuat hadapi dugaan yang sungguh berat ni... Aamiin...


Walaupun belum ditentukan kesahihannya, rata-rata netizen melahirkan kesedihan terhadap nasib menimpa Allahyarham Muhammad Adib selain turut mendoakan supaya tunang arwah, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25, tabah menerima berita sedih itu.




#KeadilanBuatAdib   

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post