10 Nama Bayi Lelaki & Perempuan Luar Negara Paling Popular 2018

TINGGAL sebulan sahaja lagi sebelum kita menjengah tahun baharu, 2019.

Dalam tempoh 11 bulan dalam 2018, kelahiran bayi berlaku setiap hari dan ia turut menyaksikan trend nama tahun ini.



Pasti anda tertanya-tanya, apakah nama bayi yang paling banyak digunakan serta popular dalam kalangan ibu-bapa?

BabyCenter baru-baru ini mengeluarkan senarai nama-nama bayi paling popular yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini.

Nama Jackson kekal di tangga pertama selama enam tahun dalam senarai yang dikeluarkan oleh platform itu.

Bagi bayi perempuan pula, nama Sophia tidak pernah meluntur dari segi populariti dan masih menjadi pilihan utama sehingga 2018.

"Nama Sophia sangat dominan dan tidak menunjukkan penurunan. Ianya popular di seluruh dunia dan mudah disebut dalam apa-apa bahasa sekalipun.

"Jackson pula merupakan twist moden kepada nama klasik JAck.

"Selepas Sophia, nama Olivia merupakan yang kedua popular untuk perempuan.

"Nama kedua paling popular untuk lelaki ialah Liam. Antara nama popular lain ialah Layla dan Oliver," ujar timbalan presiden pengarang global BabyCenter.

Berikut merupakan senarai penuh 10 nama bayi paling popular untuk bayi lelaki.


1. Jackson


2. Liam


3. Noah


4. Aiden


5. Caden


6. Grayson


7. Lucas


8. Mason


9. Oliver


10. Elija


Berikut merupakan senarai penuh 10 nama bayi paling popular untuk bayi perempuan.


1. Sophia


2. Olivia


3. Emma


4. Ava


5. Isabella


6. Aria


7. Riley


8. Amelia


9. Mia


10. Layla


Adakah trend nama ini akan berubah atau kekal pada 2019? Sama-sama kita nantikan.


Kredit : MStar / BabyCentre

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post