5 Benda Kena Take Note Sebelum Anda Bagi Pinjam Duit Kepada Kawan - Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, akan ada segelintir yang kecundang dalam menguruskan kewangan dengan baik.
Pada sudut yang lain pula, kita (manusia) tak sampai hati nak biarkan mereka terus-menerus susah hati dengan masalah ni.
Cuma, ada sesetengah golongan yang suka ambil kesempatan kat sifat baik hati kita tu. Tambahan pula, dah banyak kes pecah-belah antara ahli keluarga dan kawan-kawan dalam bab melibatkan duit. Macam mana nak elakkan perkara ni berlaku?
Jom kita selongkar..
1. Hanya cakap “YA” kalau anda betul-betul boleh bantu.
Kalau korang rasa bersalah yang amat (bila nak bagi pinjam duit) atau mempersoalkan prinsip diri sendiri (sebab risau korang buat perkara yang salah), korang tak patut bagi pinjam duit kat mereka.
Menurut Irene S. Levine (Ph.D dan ahli psikologi), bila korang bagi juga pinjam duit, korang ada risiko tinggi untuk berubah hati sebelum mereka jelaskan hutang korang tu.
Dan ini akan lumpuhkan hubungan baik antara korang dan si peminjam.
Keputusan ini pula tak bermaksud korang bersikap selfish (pentingkan diri sendiri). Hakikatnya, respon seperti ini akan melindungi hubungan korang supaya tak terjejas lebih teruk.
Korang boleh gunakan skrip ini untuk menolak secara baik, seperti:
Seorang kawan atau saudara yang baik boleh terima bila korang cakap “TIDAK.” Kalau tak tu, korang faham-faham sendiri la ye.
Peraturan
2. Pinjamkan sejumlah wang yang anda sanggup leburkan.
Dah tentu kita percayakan mereka. Ya lah, lagipun korang dan si peminjam dah kenal berapa lama, kan? Lagi-lagi yang ada pertalian darah seperti saudara mara atau adik-beradik.
Tapi ini semua tak menjamin apa-apa pun.
Bayangkan. Kalau korang betul-betul nak gunakan duit, dan mereka pula masih tak mampu nak bayar. Korang rasa, apa yang akan terjadi?
Silap-silap, ada yang putuskan hubungan kekeluargaan. Jangan main-main bab duit ya. Adik-beradik pun boleh berpecah belah tau.
Paling terbaik yang korang boleh buat adalah beri pinjam sejumlah wang, yang korang tak kisah melebur. Dan pastikan, kalau mereka tak bayar balik, ia takkan bagi kesan yang menjejaskan kewangan dan kehidupan korang.
3. Buat satu pelan pembayaran balik yang baik.
10 tahun lalu, Emily White ada pinjamkan $20,000 kepada adik perempuan beliau untuk membeli rumah, tanpa berbincang pelan pembayaran balik duit yang dipinjamkan.
“Sekarang, beliau dah bekerja selama beberapa tahun. Tapi perkara ini langsung tak keluar daripada mulut beliau.”
Ini bakal berlaku kat korang kalau tak buat pelan pembayaran balik yang baik.
Bila nak bagi pinjam duit, bincangkan dengan si peminjam cara pembayaran balik yang beliau mampu ikut.
Dengan ini, mereka akan dapat merancang bagaimana nak bayar balik tanpa sebarang masalah. Korang pun tak payah risau kebarangkalian duit itu lesap tanpa khabar berita.
4. Sentiasa buat perjanjian bertulis.
Menurut Priyanka Prakash (pakar pengurusan kewangan di Fit Small Business), adalah normal kalau kita terlupa tentang sesuatu perkara, walaupun perkara itu penting dan melibatkan kewangan kita.
Tak kurang pula, ada yang menganggap tindakan ini agak keterlaluan. Ya lah, dah macam nak pinjam duit dengan ceti. Siap ada dokumen bertulis.
Tapi kalau tak buat, bermakna si peminjam tu tak serius nak bayar balik duit korang. Kalau betul nak pinjam (dan serius nak bayar balik), mereka tak ada masalah nak turuti perkara ni.
Lagipun, dengan black and white yang baik, dah tentu lebih mudah untuk mereka langsaikan hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dan korang pula, terjamin untuk dapat balik duit yang dipinjamkan.
Korang boleh je cari template dokumen ni dalam Internet. Minta mereka turunkan tandatangan kalau bersetuju dengan terma dan syarat yang korang tetapkan.
Biasanya, kalau dah sekali lambat bayar, tabiat ni akan berterusan. Akhirnya, korang sendiri yang terpaksa tanggung beban.
Tok faham. Niat kita cuma nak membantu saja. Tapi, ramai yang akan cuba ambil kesempatan dalam setiap peluang yang ada.
Apa-apa pun, buat tindakan yang tak berikan kesan yang teruk terhadap kewangan dan kehidupan korang ya. Tok doakan agar korang selamat sentiasa. Ameen.
Sekian
Cuma, ada sesetengah golongan yang suka ambil kesempatan kat sifat baik hati kita tu. Tambahan pula, dah banyak kes pecah-belah antara ahli keluarga dan kawan-kawan dalam bab melibatkan duit. Macam mana nak elakkan perkara ni berlaku?
Jom kita selongkar..
1. Hanya cakap “YA” kalau anda betul-betul boleh bantu.
Kalau korang rasa bersalah yang amat (bila nak bagi pinjam duit) atau mempersoalkan prinsip diri sendiri (sebab risau korang buat perkara yang salah), korang tak patut bagi pinjam duit kat mereka.
Menurut Irene S. Levine (Ph.D dan ahli psikologi), bila korang bagi juga pinjam duit, korang ada risiko tinggi untuk berubah hati sebelum mereka jelaskan hutang korang tu.
Dan ini akan lumpuhkan hubungan baik antara korang dan si peminjam.
Keputusan ini pula tak bermaksud korang bersikap selfish (pentingkan diri sendiri). Hakikatnya, respon seperti ini akan melindungi hubungan korang supaya tak terjejas lebih teruk.
Korang boleh gunakan skrip ini untuk menolak secara baik, seperti:
“Aku nak tolong. Tapi, aku sendiri tak ada duit lebih untuk bagi kat kau.”
Dan tak bermakna korang tak boleh membantu langsung. Korang boleh saja bagi apa-apa saja idea bernas untuk selesaikan masalah mereka.Seorang kawan atau saudara yang baik boleh terima bila korang cakap “TIDAK.” Kalau tak tu, korang faham-faham sendiri la ye.
Peraturan
2. Pinjamkan sejumlah wang yang anda sanggup leburkan.
Dah tentu kita percayakan mereka. Ya lah, lagipun korang dan si peminjam dah kenal berapa lama, kan? Lagi-lagi yang ada pertalian darah seperti saudara mara atau adik-beradik.
Tapi ini semua tak menjamin apa-apa pun.
Bayangkan. Kalau korang betul-betul nak gunakan duit, dan mereka pula masih tak mampu nak bayar. Korang rasa, apa yang akan terjadi?
Silap-silap, ada yang putuskan hubungan kekeluargaan. Jangan main-main bab duit ya. Adik-beradik pun boleh berpecah belah tau.
Paling terbaik yang korang boleh buat adalah beri pinjam sejumlah wang, yang korang tak kisah melebur. Dan pastikan, kalau mereka tak bayar balik, ia takkan bagi kesan yang menjejaskan kewangan dan kehidupan korang.
10 tahun lalu, Emily White ada pinjamkan $20,000 kepada adik perempuan beliau untuk membeli rumah, tanpa berbincang pelan pembayaran balik duit yang dipinjamkan.
“Saya sayangkan adik saya tu. Saya berharap supaya dia dapat membayar balik pinjaman selepas dia selesaikan apa yang perlu dan dapat pekerjaan yang baik,” jelas White.
Tapi, lain pula yang berlaku.
“Sekarang, beliau dah bekerja selama beberapa tahun. Tapi perkara ini langsung tak keluar daripada mulut beliau.”
“Sekarang dah hampir 10 tahun, tapi langsung tak ada sebarang pembayaran balik. Kalau saya dapat duit tu, saya ingat nak buat pelaburan. Tapi nampaknya, saya terpaksa cari alternatif lain.”
Ini bakal berlaku kat korang kalau tak buat pelan pembayaran balik yang baik.Bila nak bagi pinjam duit, bincangkan dengan si peminjam cara pembayaran balik yang beliau mampu ikut.
Dengan ini, mereka akan dapat merancang bagaimana nak bayar balik tanpa sebarang masalah. Korang pun tak payah risau kebarangkalian duit itu lesap tanpa khabar berita.
4. Sentiasa buat perjanjian bertulis.
Menurut Priyanka Prakash (pakar pengurusan kewangan di Fit Small Business), adalah normal kalau kita terlupa tentang sesuatu perkara, walaupun perkara itu penting dan melibatkan kewangan kita.
Tak kurang pula, ada yang menganggap tindakan ini agak keterlaluan. Ya lah, dah macam nak pinjam duit dengan ceti. Siap ada dokumen bertulis.
Tapi kalau tak buat, bermakna si peminjam tu tak serius nak bayar balik duit korang. Kalau betul nak pinjam (dan serius nak bayar balik), mereka tak ada masalah nak turuti perkara ni.
Lagipun, dengan black and white yang baik, dah tentu lebih mudah untuk mereka langsaikan hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dan korang pula, terjamin untuk dapat balik duit yang dipinjamkan.
Korang boleh je cari template dokumen ni dalam Internet. Minta mereka turunkan tandatangan kalau bersetuju dengan terma dan syarat yang korang tetapkan.
5. Pastikan peminjam bayar tepat pada masanya.
Kalau korang ada tabiat ambil mudah, bersedia untuk hadapi perkara yang tak sepatutnya ya.
Kalau korang ada tabiat ambil mudah, bersedia untuk hadapi perkara yang tak sepatutnya ya.
Biasanya, kalau dah sekali lambat bayar, tabiat ni akan berterusan. Akhirnya, korang sendiri yang terpaksa tanggung beban.
Kalau lambat bayar, pastikan korang tahu apa sebabnya. Sebab itu adalah hak mutlak korang. Cuma, elakkan terlampau menekan sangat. Takut lain pula jadinya.
Sebab itu kita wajib buat dokumen bertulis (seperti yang dijelaskan kat poin sebelum ni). Supaya peminjam jelas apa yang perlu mereka buat, dan berapa banyak jumlah yang perlu mereka bayar sebelum tarikh yang ditetapkan.“Kalau peminjam masih berdegil, korang boleh gunakan dokumen bertulis tu untuk tindakan susulan seperti bawa kes ini ke mahkamah,” jelas Prakash.
Manusia boleh jadi buta dalam sekelip mata kalau bab duit. Setuju?Tok faham. Niat kita cuma nak membantu saja. Tapi, ramai yang akan cuba ambil kesempatan dalam setiap peluang yang ada.