13 Makanan Unik & Viral Sepanjang Tahun 2018 Di Malaysia

Dah cuba semua makanan viral tahun 2018? Nak cuba makanan yang viral tapi takut tak sedap? Jangan risau, so kalini kami akan mudahkan carian korang untuk cari makanan yang viral kat Malaysia tahun 2018. Next time korang pergi mana-mana boleh la try makanan yang bukan setakat viral tapi sedap tau.

Korang mesti tak sabar kan? Baca betul-betul tau so nanti takda yang korang missed out.

1. Ais Krim Buah Naga


Selalu makan buah naga yang biasa tu ja kan? Kat Penang ada soft ice-cream buah naga tau! Buah naga ni dicampur dengan lemon dan dihidangkan diatas kulit buah naga tu sendiri dan origami sampan menjadikan aiskrim ni so instagramable! Rasa dia pulak ramai yang tak boleh move on lepas try. So jangan terlepas untuk cuba aiskrim ni, okay?

Alamat: 6, Lebuh Cannon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 10 am-6 pm

2. Chicken Milani 

Sumber: Lowyat

Okay selain nasi kandar, kat Penang korang kena cuba chicken milani ni juga. Korang boleh pilih nak makan chicken milani dengan nasi briyani, roti naan atau makan macam tu je. Kalau nak lagi best, ambil roti naan cheese. Confirm puas hati.

Alamat:Restoran Kapitan, 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu operasi: Buka 24 jam
3. Cempedak Pizza

 

Sumber: @uspizzamalaysia

Tak habis lagi bergaduh nenas patut jadi topping pizza atau tak? Stop kejap sebab korang kena try Cempedak Pizza dari USPizza ni pulak. Biar betul pizza topping cempedak? Yee! Sebab tu korang kena try pizza rare ni. Dia match pulak dengan cheese kat atas tu, sedap giler jadinya. Pizza ni limited time je kat USPizza dan Cempedak Pizza ni first in Penang so rugi la kalau tak cuba.

Alamat: Outlet US Pizza Pulau Pinang
Waktu operasi: 10.30 am-10 pm

4. Rojak Tonggek 


Sumber: @ikutdanmakan_

Rojak tonggek ni seunik nama dia. Semua bahan-bahan rojak macam buah,bebola dan sayur dicucuk kat lidi lepastu disusun keliling gerai tu dan ada mangkuk isi kuah rojak so korang just ambil mana yang nak makan celup dalam kuah tu. Kat sini la tonggeknya sebab taknak bagi kuah kena baju. Sebab kuah rojak tu semua orang kongsi, korang celup sekali la satu lidi tu. Kesian orang lain kalau bekas mulut tu korang celup lagi. Lidi yang dah habis jangan buang tau, nanti nak bayar tak ingat pula berapa cucuk dah makan.

Alamat: Jalan Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

5. Daging Harimau Menangis

Sumber:  lina thomas

Kalau pergi Thailand wajib makan daging bakar kat sana tapi balik tu terkenang jauh sangat nak pergi. Jangan risau sekarang kat Malaysia pun boleh dapat dah daging bakar ni. Nama pun bukan main lagi Harimau Menangis! Antara tempat sedap yang korang boleh dapat daging ni kat Signature Bangkok Kitchen. Kat sini diorang jual makanan-makanan Thailand macam kat Boat Noodle tu. Semua benda kat sini sedap, so korang jangan risau okay?

Alamat: Signature Bangkok Kitchen, 83 persiaran mahsuri 1/3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

6. Mee Tulang Singkir Darat


Sumber: @shauqi_1986

Mee tulang ni viral sampai masuk dalam berita TV1 tahun ni. Walaupun perjalanan kesana agak jauh, tapi bila dapat ja makanan hilang semua penat. Sepanjang perjalanan ke kedai ni ada banyak juga kedai lain yang jual mee tulang tapi kedai ni the best la. Kalau korang nak pergi, boleh call dulu kedai book gearbox. Maklumlah orang ramai, takut gigit jari ja bila sampai.

Alamat:Mee Kuah Tulang Singkir Darat, Singkir Darat, 08100 Merbok, Kedah

Waktu operasi: 12.30 pm-11.30pm,Tutup: Jumaat

No Telefon: 019-556 1802

7. Family Mart


Family mart ni makanan dia kebanyakannya inspirasi dari Jepun. So korang dah boleh rasa makanan Jepun tanpa perlu habiskan duit ke Jepun. Paling famous kat family mart ni dia punya oden. Kalau korang layan drama korea mesti korang selalu tengok diorang makan oden ni. Lagi satu yang famous mestilah aiskrim Matcha. Aiskrim dia lembut jee cair dimulut gitu! Tapi Family Mart ni belum ada kat semua negeri jadi sabar ye siapa yang jauh tu.

Alamat: Outlet Family Mart

Waktu operasi: 24 Jam (Outlet tertentu)

8. Coconut Briyani


Makan briyani dah biasa sangat kan? Apa kata korang try nasi briyani dalam kelapa pula. Apa yang menjadikan nasi briyani kat sini istimewa sebab lauk dan nasi briyani tu dimasukkan kedalam buah kelapa lepastu buah kelapa tu dikukus selama 20 minit menjadikan bau nasi briyani tu sangat unik. Lebih membangkitkan selera bila nasi dihidangkan atas daun pisang.

Alamat: Tengga Briyani, 1, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 Jam

9. Nasi Kak Wok



Nasi Kak Wok? Gapo dio pulok tu? haa, kali ni kita bagi makanan best kat Kelantan pula! Selalu kalau datang Kelantan mesti aim nak cari nasi kerabu yang best je. Korang kena tau yang Kelantan ni pun antara syurga makanan tau lepas Penang. Nasi Kak Wok ni ialah nasi berlauk ayam yang dipotong kecil-kecil dan dihidangkan bersama kuah gulai dan sambal belacan. Walaupun makanan ni dengar macam biasa je, korang kena cuba dulu baru korang tau kenapa nasi Kak Wok ni bertahan betahun-tahun lamanya.

Alamat: Kedai Nasi Kak Wok, Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: 7.30 am-2.30 pm, Tutup: Sabtu

10. Teh Tarik Madu



Korang dah pernah try belum teh tarik madu ni? Teh tarik madu ni bukan macam yang kita biasa minum kat kedai mamak tu. Teh yang dibancuh bersama madu lebah asli dan susu tepung ni menghasilkan buih yang banyak sampai melimpah keluar gelas tau. Boleh la korang ambil gambar letak kat instagram. Kalau korang order yang ais, jangan lupa tambah aiskrim. Fuh, sedap giler jadinya. Selain Teh Tarik Madu, korang jugak wajib rasa Sup Kepala Ikan kat sini. Hirup panas-panas confirm korang puas hati dengan rasa dia yang sedap tu.

Alamat: Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu, Pulau Pisang,Jalan Kuala Besar,15350 Kota Bharu,Kelantan

waktu operasi: 7.30 am-4 pm, Tutup: Cuti Umum 

12. Ais Kepal Milo


Kedai ais kepal milo Tok Abah ni pernah viral lepas mendapat liputan dari Majalah 3 membuatkan kedai ini diserbu oleh orang ramai. Kelebihan ais kepal milo ini terletak pada milonya yang pekat dan diperbuat daripada 100% Milo asli. Orang ramai akan mula beratur di gerai ini walaupun ianya belum dibuka dan ada juga yang membawa mangkuk sendiri untuk menikmati ais kepal milo ini berbanding menikmatinya dari plastik.

Alamat: No 3 & 5 Tingkat Bawah Ruangniaga Sinar Mekar Abadi, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: 12.30 pm- 11 pm
 
13. Mee Racun Tulang 


Dengar nama pun anda semua mesti dah pelik kenapa racun? Mati ke lepas makan mee ni? Jangan risau, bukan ada racun cuma deria rasa anda akan teracun dek rasa mee racun yang sedap lagi lazat ni! Mee racun tulang ni menu wajib yang korang kena makan kalau datang ke Batu Pahat. Kuah mee yang pekat yang mesra dengan mee ditambah dengan tulang pastinya membuka selera anda. Bagi peminat gearbox, jangan lepaskan peluang untuk merasai mee racun tulang gearbox.

Alamat: Mee Racun Tulang, TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu operasi: 4 pm-12 am
Makanan Viral 2018

So korang dah tengok 15 makanan viral kat Malaysia pada tahun ni. Jangan lepaskan peluang untuk pergi dan cuba semua makanan ni.

Untuk pelancong yang plan nak pergi bercuti, pastikan korang masukkan list kami sebagai destinasi nombor 1 untuk percutian anda dan bagi penduduk tempatan pula, jangan lupa share untuk perkenalkan makanan ditempat anda kepada dunia luar.

Kredit : sedapgiler 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post