10 Info Menarik Akhyar Rasyid Bintang Bola Sepak Yang Digelar Neymar Kedah

Nama akhyar Rashid kebelakangan ni tular selepas aksinya yang membanggakan sehingga mendapat pengiktirafan dan lamaran beberapa kelab antarabangsa.


Jadi jom kita kenali lebih dekat.


Biodata
Nama penuh: Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid
Nama popular: Akhyar Rashid
Tarikh lahir: 1 Mei 1999
Umur: 19 tahun
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pekerjaan: Pemain bola sepak
Media sosial: Instagram @akhyarrashid  


Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.69 meter. 

2. Adik kepada Rafdi Rashid, bekas pemain pasukan Kedah dan Perak yang juga pernah bermain di peringkat kebangsaan. Anak jati kelahiran Kedah itu dilahirkan dalam keluarga aktif bersukan yang mengikut jejak abangnya, Rafdi yang pernah mengharumkan nama Kedah.

 
Keluarga Rasyid



3. Akhyar mempunyai kakak Rashidah Abdul Rashid. Rashidah atau lebih mesra dipanggil Adeq merupakan pemain takraw dan dia juga adalah isteri kepada bekas pemain takraw Singapura, Haikal Yasin.



4. Menyertai skuad Piala Belia Kedah pada tahun 2014 hingga 2015. Seterusnya diserap dalam skuad Piala Presiden Kedah pada 2016, diikuti skuad utama Kedah untuk 2017 hingga kini (2018). 



5. Juga berada dalam senarai skuad kebangsaan Bawah 17 pada 2015, Bawah 19 pada 2017 dan skuad B-23 (2018) pada Kejohanan AFC yang berlangsung di China pada Januari 2018, Sukan Asia di Jakarta (Ogos), Kejohanan AFF B-19 di Indonesia (Julai), Kejohanan AFC B-19 di Indonesia (Oktober) termasuk beberapa perlawanan bersama skuad senior pada tahun sama.

6. Mendapat jolokan nama 'Neymar Kedah'.  



7. Menerusi laporan Fox Sport Asia, beliau disenaraikan antara lima pemain muda yang dilihat berpotensi untuk mengambil bahagian dalam liga utama Jepun (J.League). Nama lain yang tersenarai ialah Tristan Do dari kelab Muangthong, Thailand; Chrerng Polroth (NDM, Kemboja); Rufino (AS Academica, Timor Leste) dan Nguyen Cong Phuong (HAGL, Vietnam). 







8. Terkini, dakwaan bertiup kencang mengatakan ada dua buah kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1 Thailand menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau dalam persaingan musim hadapan. Bagaimanapun konflik tercetus apabila kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih berbaki setahun. 


  

 

 

9. Tular di media sosial mengenai gambar penyerang sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang bergambar di laluan masuk ke padang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pastinya membuatkan penyokong sang Helang Merah tak senang duduk.


10. Akhyar Rasyid sah diikat Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT). Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers (JST)

Keputusan akhyar memilih bersama JDT dianggap keputusan tepat memandangkan juara Liga Super lima musim berturut-turut itu akan bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan yang mampu memberi pendedahan kepadanya.

Akhyar yang juga pemain skuad bawah 19 (B-19) dan B-23 tahun negara sememangnya menjadi tumpuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila tampil dengan aksi yang menarik dalam setiap perlawanan dan turut merakam gol penting.


Kredit : instagram akhyarrashid

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post