3 Langkah Mudah Bersihkan Aircond Sendiri Guna Remote Je

Musim panas begini, air cond sangat berguna. 24 jam kalau boleh nak pasang air cond aje... Bil melambung tak fikir dah, asalkan dapat redakan rasa panas dan bahang akibat perubahan cuaca sekarang.

Air cond, lama-lama guna jadinya tak sejuk walaupun diturunkan suhunya... Nak servis kena cari tukang servis yang bertauliah... Tapi baru-baru ni terbaca perkongsian di Facebook, rupa-rupanya kita boleh servis air cond sendiri dengan hanya guna remote sahaja.


Apa yang ramai tak tahu, Sebenarnya kita sendiri boleh membersihkannya dengan menggunakan remote control aircond saja. 

Cara-caranya seperti berikut, Jom kita selongkar

Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .

Teknik bersihkan aircond


1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.

Mengapa tetapkan kepada mode ‘fan’?

Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup.

Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
Info

2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit. 

3. Kemudian barulah matikan aircond.

p/s : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “cool” apabila anda menggunakan aircond selepas itu.

Kredit : Malaysian Viral Story

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post