Sebuah kereta jenis (SUV( Mazda CX-5 yang dipandu seorang penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20 terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Jambatan Pulau Pinang Pada 20 Januari 2019.
20 Januari 2019, Ahad
2.50 Pagi
Jurucakap bomba berkata, Kemalangan berlaku dari arah Pulau menghala ke Seberang kira-kira jam 2.50pagi
Menurut polis, kejadian berpunca apabila kereta Vios itu terbabas sendiri menghampiri lorong kanan lalu melanggar SUV Putih tersebut.
Menuru Bomba itu lagi, Kereta jenis toyota Vios itu remuk dan pemandunya yang berusia 20-an mengalami cedera ringan.
Maklumat dari orang ramai pula mengatakan Kereta jenis SUV putih itu berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam laut.
MRSC serta APMM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 20 januari 2019. Sehingga jam 3.00 petang, Gerakan mencari masih gagal menemukan mangsa.
21 Januari 2019, Isnin
4.00ptg
Kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke dalam laut berjaya dijumpai kira-kira jam 4.00ptg. kereta itu ditemui di tiang 34, KM4.0 Jambatan Pulau Pinang kira-kira
Dashcam video showing accident on Penang bridge this morning at 2.35am where a car,— Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) January 20, 2019
believed to be driven fast by drunk driver,
loses control and clipped another white Honda HRV, and that HRV rolled over the guard rail and dropped into the sea. pic.twitter.com/0bA33bamiA
22 Januari 2019, Selasa
Difahamkan mangsa masih berada di dalam kenderaan itu setelah dijumpai dan akan dinaikkan bersama kenderaan tersebut menggunakan kren.
6.30ptg
Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan yang terjunam itu gagal selepas 1 tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.
Dua penyelam TLDM turun sekali lagi di lokasi kenderaan itu yang dianggarkan pada kedalaman 15meter.
7.00 ptg
Menurut jurucakap pasukan SAR, dua penyelam TLDM gagal mengikat tali pada percubaan kedua berikutan arus yang kuat selain keadaan cuaca yang semakin gelap dan terpaksa dihentikankira-kira jam 7 petang.
7.00Pagi
Usaha menaikkan kenderaan itu disambung semula.
Mereka kawan, tapi tak rapat. Saya pun tak tahu bagaimana mereka sama-sama terlibat dalam kemalangan ini, Kakak ipar mangsa. Ujarnya tentang pemanda kereta Vios yang melanggar
Menurut Pengarah Koordinasi SAR, operasi mencari disambung selepas pukul 3 petang kerana mengikut jadual pasang surut air laut menunjukkan pada masa tersebut adalah 'slack water' atau air tenang.Akhirnya, Mayat mangsa bersama kenderaannya berjaya ditarik keluar pada jam 6.10 petang. Sebaik sahaja dinaikkan, ahli keluarga mangsa bergegas menuju ke arah kenderaan itu, manakala wakil media dan orang ramai tidak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut.
Foto : David ST Loh
Foto : David ST Loh
6.36 ptg
Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dilakukan pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada pukul 6.36 petang dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.23 Januari 2019, Rabu
Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang, Ahad lepas, dibebaskan dengan jaminan polis Pemandu kereta Toyota Vios itu yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) SPT pukul 2.00 pagi ini telah dibenarkan diikat jamin polis kira-kira pukul 6.45 petang ini setelah diambil keterangan lebih 17 jam.
Salam Takziah kepada keluarga mangsa, smoga tabah dengan ujian ini.
Kredit : Twitter / Facebook / Bernama / HarianMetro / AstroAwani