Status Halal Pepero, Samyang, Fanta & 18 Produk Makanan Minuman Popular Di Malaysia

Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.


Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Keraguan sesetengah produk daripada kalangan orang ramai menyebabkan pihak JAKIM melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan sebanyak 21 produk yang mendatangkan kemusykilan terhadap status halal serta pensijilan halal itu. Mari baca perkongsian dibawah. Semoga bermanfaat. 


1. Pepero



STATUS HALAL PEPERO

Soalan:- 
Adakah coklat Pepero memiliki Sijil Halal?

Jawapan:- 
Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

2. Kinder Bueno


STATUS HALAL KINDER BUENO

Soalan:-
Adakah coklat Kinder Bueno memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, coklat Kinder Bueno merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT).

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan. Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan. 

3. Sushi King


STATUS HALAL SUSHI KING

Soalan:-
Adakah Sushi King memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

4. Ferrero Rocher



STATUS HALAL COKLAT FERRERO ROCHER

Soalan:-
Adakah Coklat Ferrero Rocher memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Coklat Ferrero Rocher mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa.

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

5. Aiskrim Magnum



STATUS HALAL AIS KRIM MAGNUM

Soalan:-
Adakah Ais Krim Magnum memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

6. Minuman FANTA


STATUS HALAL MINUMAN JENAMA FANTA

Soalan:-
Adakah minuman jenama Fanta memiliki pensijilan halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, produk minuman jenama Fanta keluaran Syarikat Coca-Cola (Bottlers) Malaysia Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Sering kali tular di media sosial berkenaan tuduhan liar terhadap minuman jenama ini yang didakwa tidak halal. Ikuti perincian penjelasannya di:-


Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar merujuk dahulu sesuatu isu halal yang tular kepada pihak yang berwibawa sebelum menyebarkannya.

Selain itu, utamakanlah produk minuman yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

7. Golden Churn Creamery Butter



STATUS HALAL GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER

Soalan:-
Adakah Golden Churn Creamery Butter memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)

Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

 8. KFC Malaysia


STATUS HALAL KFC MALAYSIA

Soalan:-
Adakah KFC Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen menularkan isu berkenaan status halal KFC Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal KFC Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Status Halal Loji Penyembelihan Ayam KFC:-


2. Penjelasan Tular Isu Kebersihan (Toyyiban) KFC:-


Ketahui Polisi Halal KFC Malaysia di:-


Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

9. Starbucks Malaysia



STATUS HALAL STARBUCKS MALAYSIA

Soalan:-
Adakah Starbucks Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal Starbucks Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Audio Status Halal Starbucks:-


2. Penjelasan Tular Dakwaan Tokoh Agama:-


Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-


Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

 10. McDonald's Malaysia


STATUS HALAL MCDONALD’S MALAYSIA

Soalan:-
Adakah McDonald’s Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, McDonald’s Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal McDonald’s Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia:-

1. Penjelasan Tular Status Halal Kopi McD:-


2. Penjelasan Tular Isu Daging McD:-


3. Penjelasan Tular Isu Ramuan LM10:-


Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-


Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

 11. Produk Yeo's

STATUS HALAL PRODUK YEO’S

Soalan:-
Adakah produk makanan jenama Yeo’s memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, produk makanan jenama Yeo’s keluaran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk makanan Yeo’s dengan Kod E 471 yang didakwa dari sumber yang tidak halal.

Penjelasan berkenaan isu Kod E ini telah diterangkan oleh pihak kami di:-


Selain itu, penafian dan jawapan kepada fitnah dan salah faham ini turut dijawab sendiri oleh pihak Yeo’s di:-


Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

12. Produk Massimo


STATUS HALAL PRODUK MASSIMO

Soalan:-
Adakah produk roti jenama Massimo memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, produk roti jenama Massimo keluaran The Italian Baker merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Isu mengenai pertikaian status halal produk Massimo pernah tular sebelum ini dan telah dijelaskan oleh pihak kami:-


Tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima sesuatu isu halal yang tular di media sosial dengan merujuk pihak yang berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

13. Produk Apollo

STATUS HALAL PRODUK APOLLO

Soalan:-
Adakah Kek Lapis jenama Apollo memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, kek lapis jenama Apollo keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk Apollo dengan Kod E yang didakwa dari sumber yang tidak halal. Penjelasan berkenaan isu Kod E telah diterangkan oleh pihak kami di:-


Penjelasan berkenaan isu tular status halal produk Apollo:-


Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah.

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

14. Kopi Luwak

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan

2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

 15. Minyak Yu Yee Cap Limau

STATUS HALAL MINYAK YU YEE

Soalan:-
Adakah minyak Yu Yee memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

16. Biskut Gery

STATUS HALAL BISKUT GERY

Soalan:-
Adakah Biskut Gery memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, Biskut Gery keluaran Pt Garuda Food Putra Putri Jaya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk biskut yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

 17. Mee Ramen Samyang

STATUS HALAL MEE RAMEN HOT CHICKEN JENAMA SAMYANG

Soalan:-
Adakah Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

18. Mee/Bihun Pama&Mama

STATUS HALAL MEE/BIHUN SEGERA JENAMA PAMA & MAMA

Soalan:-
Adakah Mee/Bihun segera jenama PAMA & MAMA memiliki Sijil Halal?

Jawapan:-
Untuk makluman, Mee/Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan. 

...........................................................

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-


Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-



1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post