8 Langkah Mudah Buat Cucur Nasi - Mudah, Cepat Dan Sedap Tak Bazir Nasi Lebih Lagi

Apa yang anda buat dengan nasi yang berlebihan? selalunya dibuat nasi goreng, buang sahaja atau beri makan pada ayam atau burung?


Satu perkongsian resipi Haja Saleh, menghasilkan cucur menggunakan bahan utama iaitu daripada nasi, nampak enak dan patut dicuba oleh kita semua. Lagi best kalau dapat makan petang-petang ni!
Bahan-Bahan yang diperlukan:  
  • Nasi dua cawan
  • Air dua cawan
  • Tepung gandum dua cawan, 
  • Daun sup
  • Ikan bilis satu mangkuk
  • Bawang besar sebiji. 
  • Bawang putih tiga biji. 
  • Cili merah satu biji. 
  • Garam (Tak perlu banyak dah Ada ikan bilis) 



Cara Penyediaan Cucur Nasi

Masukkan Nasi dalam bekas blender


Masukkan Air


Blend nasi, air dan ikan bilis dan cili merah dulu. 


Blend dulu ikan bilis dan cili, masukkan air. Masukkan nasi . Tambah air sedikit semi sedikit.


Kemudian, Masukkan tepung gandum, bawang separuh, bawang putih semua, dan daun sup pun separuh je. Kalau blender tak boleh jalan tambah air sikit dan kacau bahagian bawah. Sikit je air jangan banyak tau.

Kemudian blender sampai sebati. 

 

Hasil blender tadi kemudian letak bawang yang lebih, daun sup &  Masukkan garam secukup rasa.


Siap untuk digoreng! Siapp. Makan dengan sos. Selamat mencuba!


 Siap...Sedia untuk dimakan
Nampak sedap kan. 

Dah jimat dah nasi dari dibuang begitu je. Nasi boleh menangis tau. Sebutir nas


Kredit : Haja Saleh

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post