5 Cara Nak Buang Rasa Segan Untuk Bercakap Dengan Perempuan

5 CARA NAK BUANG 'MALU' UNTUK BERCAKAP DENGAN PEREMPUAN
Ramai lelaki ada masalah macam ni. Korang rasa korang dah cukup handsome dah tapi ada satu masalah yang menggangu korang untuk bercakap dengan perempuan iaitu 'MALU' Rileks!


Benda ni bukan jadi dekat kau je, benda ni jadi dekat kebanyakan lelaki dekat luar sana tu. Setiap masalah ada jalan penyelesaian! Jangan risau, ni ada 5 tips untuk korang buang perasaan malu tu untuk bercakap dengan perempuan.

1. Engage Dengan Stranger 
Benda ni takkan ada apa-apa pressure untuk korang pun sebab korang bukan nak jadikan stranger tu gf/pasangan hidup korang. Tips ni untuk korang selesakan diri untuk bercakap dengan perempuan lain yang korang takde apa-apa matlamat pun dengan dia.


Dekat retail shop pun korang boleh cuba benda ni. Tanya promoter tu 'Okay tak kasut/baju ni dengan saya?' 'Rasa-rasa colour apa yang sesuai dengan kulit saya?' This simple of question yang jarang sangat lelaki buat. Takut apa? Diorang takkan makan korang la.

Mission korang bukan nak ada long conversation dengan diorang. Just nak bagi korang ni selesa untuk bercakap dengan perempuan.


2. Kena Ada Plan 

Malu ialah satu masalah dan ia tetap sama dengan masalah yang lain iaitu mesti ada jalan penyelesaian. Cth mcm kalau kita gemok. Jalan penyelesaiannya ialah kita kena bakar lemak tu. Nak bakar lemak kena ada plan contoh kena workout, tidur cukup, diet seimbang.

Sama jugak dengan malu, nak buang malu ni kena ada plan. Apa plan dia? - Love who you are. Tak payah lah nak jealous dengan orang lain lagi-lagi kalau benda tu buat korang demotivated. - Improve penampilan korang! - Practice - Dah lepas 3 atas ni apa lagi, approach crush korang


3. Berlatih Depan Cermin 

Ada lelaki yang muka dia sangat-sangat lah berubah bila cakap dengan perempuan. DIa cuba untuk cover macho tapi dalam realiti muka dia sangatlah awkward. Tapi relaks! Practice depan cermin macam mana korang practice untuk presentation assignment korang!

Benda ni penting untuk korang hilangkan nervous korang dengan muka awkward yang korang buat bila depan perempuan tu. Stop cover macho! Sebab cover macho lah yang buat korang pelik sebenarnya. Acah busy main fon depan perempuan. Padahal lock unlock screen je tu.

4. Buang Sangkaan 'What's Next' 

Korang suka cakap perempuan ni overthinking la apa la. Padahal korang pun overthinking jugak. Mula lah fikir macam-macam. 'Hmm, apa jadi ea kalau aku tegur dia?' 'Mesti dia tk suka aku sebab aku tegur dia macam tu' 'Dia mesti heboh dekat kawan dia'


Wo wo wo. Korang tak gerak pun selangkah lagi dah fikir macam tu. Takde orang pun yang tau apa akan jadi seterusnya. Kau tak tu, dia tak tau, kawan korang pun tak tau! Kena ada prinsip dalam kepala otak 'Apa nak jadi, jadi la, dapat Alhamdulilah, tak dapat cuba lagi'

5. Buang Perasaan takut Kena Reject


Ni lah ego lelaki. Yelah, lelaki mana boleh kalah, mana boleh kena reject, malu kan? Malu depan kawan-kawan. Eh lantak la dia reject ke apa, dia tak suka, korang approach lah perempuan lain. Perempuan pulak jangan cakap lelaki tu pervert.


Dah korang tak suka dia dan tak nak bagi chance, salah ke dia approach perempuan lain? 
Takkan? 
Okay gais! Goodluck


Kredit : @thestigmamy

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post