5 Kronologi Kes Lelaki Belasah & Samun Seorang Wanita Dalam Lif MRT Taman Mutiara

Tular di media sosial apabila sebuah rakaman video CCTV tersebar menampilkan seorang lelaki membelasah dan menyamun seorang wanita di dalam lift. Mendapat ribuan share dan komen dari netizen, dan mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Kepong, Sehinggalah tertangkapnya suspek kes.



Jadi jom kita selongkar kronologi kes lelaki belasah wanita berumur dalam lift


14 Feb 2019, Khamis
Kejadian Terakam Kamera CCTV

Kejadian itu berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

Dalam rakaman video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suspek mengekori mangsa yang bersendirian masuk ke dalam lif berkenaan.

Suspek menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita berkenaan.


Ketika lif terbabit berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek kemudian segera menekan butang untuk menutup pintu lif berkenaan sebelum membelasah mangsa semula. Lelaki itu menarik beg tangan mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri.


Akibat kejadian itu, mangsa bengkak di dahi akibat dibelasah suspek. Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai berjumlah RM400
Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di media sosial sejak malam tadi.

Susulan kejadian tular itu,
Ahli Parlimen Kepong Tawar RM10k 

PEJABAT Ahli Parlimen Kepong menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sehingga tertangkap penjenayah yang membelasah seorang wanita dalam lif di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.


Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, tawaran itu dikeluarkan kerana mahu penjenayah terbabit ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.



“Apa yang paling saya takuti adalah jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia mungkin akan mempengaruhi penjenayah lain melakukan jenayah dengan cara sama iaitu di dalam lif atau mana-mana lokasi terlindung.

“Malah, mereka mungkin turut mensasarkan lelaki dengan bergerak secara berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik melalui status di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Suspek Lelaki Diburu Polis

LELAKI yang diburu polis kerana membelasah seorang wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, akhirnya ditahan, 8.10 malam


19 Feb 2019,
Suspek Lelaki Diburu Polis Berjaya Di Tahan


Suspek yang menyerang seorang wanita di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada pagi 14 Februari lalu, diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata tangkapan suspek berusia 26 tahun itu dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah rumah di Taman Cheras, ketika sedang bercukur rambut dipercayai cuba mengaburi pihak polis daripada dikesanpada jam 8.10 malam tadi.


Suspek akan dibawa ke mahkamah esok pagi bagi mendapatkan perintah reman.

“Suspek berada di dalam rumah ketika tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Kredit : HarianMetro / Berita Harian / Astro Awani

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post