You’ve got a friend in you! Ini ialah x-ray abdomen dimana patung Buzz Lightyear berada didalam rektum seorang anak muda. Ia tak dapat dikeluarkan kerana butang sayap telah ditekan secara tak sengaja menyebabkan sayap Buzz berkibar dan tersekat.
Post saya sebentar tadi bukanlah nak mempermainkan sesiapa. Tetapi nak tunjukkan bahaya pengaruh pornografi kepada anak-anak muda.
Nafsu kalau dilayan dan tak dibendung memang akan menjuruskan seseorang untuk melakukan perkara pelik-pelik dan memalukan.
Orang yang selalu melayan pornografi akhirnya akan ketagih dan tak akan berasa puas. Dia akan upgrade dari pornografi biasa kepada yang lebih ganas. Apabila klip perempuan muda dah tak mampu beri kepuasan, dia akan beralih kepada kategori kaum ibu atau anak kecil. Atau dari jantina berlainan kepada jantina sama. Atau dari manusia kepada haiwan.
Kalau nafsu dah membuak-buak tu, kita beri ceramah agama pun dah tak jalan. Yang difikirkan siang malam ialah bagaimana nak melampiaskan nafsu tersebut. Rosak otak jadinya.
Jangan pula kita pandai berceramah pada anak-anak tentang bahaya pornografi tetapi dalam henpon sendiri asyik berkongsi gambar-gambar lucah sesama rakan-rakan. Cakap mesti serupa bikin.
Cara nak bendung nafsu ialah salurkan tenaga melakukan perkara-perkara sihat. Usah biarkan diri kosong tanpa aktiviti kerana ia akan membuatkan anda teringat ‘hobi’ lama anda semula.
Minta doa dan kekuatan dari Tuhan untuk menjauhkan perkara fahsya dan mungkar. Kita memang tak kuat bersendirian tetapi Tuhan Maha Kuat.
Kami selalu dapat kes pelik sebegini. Selalunya ‘termasuk’ deodoran. Botol kicap pun ada. Alasan masing-masing sama saja; “saya tak perasan dan ‘terduduk’ atas tu doktor!”
Macamlah kami ni baru lahir semalam!
Paling besar kami jumpa ialah tin spray cat. Tak dapat kami bayangkan proses ‘kemasukan’ objek tersebut.
Majoriti kes sebegini terpaksa kami keluarkan objek tersebut dalam dewan bedah dibawah pembiusan penuh. Ada yang boleh ditarik keluar, namun ada yang perlu dikerat abdomennya (laparotomy).
Kan tak pasal-pasal malu! Nak seronok berseorangan, hasilnya semua orang tahu! Campur sakit lagi.
Dah. Tak usah buat kerja pelik-pelik ok!! Lipat kain atau jogging pun lagi berfaedah.

Tak tahu pulak misi Buzz Lightyear ialah terbang ke Uranus!
Post saya sebentar tadi bukanlah nak mempermainkan sesiapa. Tetapi nak tunjukkan bahaya pengaruh pornografi kepada anak-anak muda.
Nafsu kalau dilayan dan tak dibendung memang akan menjuruskan seseorang untuk melakukan perkara pelik-pelik dan memalukan.
Orang yang selalu melayan pornografi akhirnya akan ketagih dan tak akan berasa puas. Dia akan upgrade dari pornografi biasa kepada yang lebih ganas. Apabila klip perempuan muda dah tak mampu beri kepuasan, dia akan beralih kepada kategori kaum ibu atau anak kecil. Atau dari jantina berlainan kepada jantina sama. Atau dari manusia kepada haiwan.
Kalau nafsu dah membuak-buak tu, kita beri ceramah agama pun dah tak jalan. Yang difikirkan siang malam ialah bagaimana nak melampiaskan nafsu tersebut. Rosak otak jadinya.
Jangan pula kita pandai berceramah pada anak-anak tentang bahaya pornografi tetapi dalam henpon sendiri asyik berkongsi gambar-gambar lucah sesama rakan-rakan. Cakap mesti serupa bikin.
Cara nak bendung nafsu ialah salurkan tenaga melakukan perkara-perkara sihat. Usah biarkan diri kosong tanpa aktiviti kerana ia akan membuatkan anda teringat ‘hobi’ lama anda semula.
Minta doa dan kekuatan dari Tuhan untuk menjauhkan perkara fahsya dan mungkar. Kita memang tak kuat bersendirian tetapi Tuhan Maha Kuat.
Bukan takat patung buzzlighyear..member aku keje bahagian kecemasan ada pernah jumpa kes botol ridsect la, botol deodoran dan macam2 lagi.
ReplyDeleteTegar sungguh kaum ni
Kecik2 taknak M***** dah besar menyusahkan orang
ReplyDelete