15 Instafamous Masak² Popular Di Malaysia Mesti Follow Untuk Idea Resipi Menarik

Hari-hari makan ada ketika sampai buntu tak tau dah nak makan apa, Jadi lupa sekejap apa lagi yang boleh dimakan.



Jadi belek-belek Instagram jumpa lah instafamous ni share resipi makan dengan telatah dan penyampaian video yang menarik. Kehadiran ramai Instafamous makanan telah membantu memberikan idea masakan kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja tentang hidangan yang sesuai disediakan.

Jadi jom kita selongkar senarai Instafamous masakan yang boleh diikuti oleh pengguna Instagram.
Nama Khairul Aming tidak asing dalam kalangan pengikut media sosial, ini terbukti apabila dia mempunyai pengikut seramai 1.1 juta. Kehadirannya telah membuktikan bahawa lelaki juga mahir menyediakan pelbagai hidangan.

Selain masakan berat, Khairul Aming turut memuat naik video menu hidangan ringan yang sesuai untuk setiap lapisan umur. Rakaman video yang bersahaja dan kelakar telah menambat hati penonton.


 

Laman Instagram Masak with passion ini dikendalikan oleh tiga wanita berasal dari Kelantan, salah satunya adalah Datin Ismatia. Selain memuat naik video memasak, mereka juga telah membuka tempahan makanan kepada orang ramai yang ingin merasai hidangan mereka.

Antara menu tempahan yang boleh didapati ialah nasi kerabu ayam percik, ayam mangga, kuih akok dan kek batik.

 

3. Dapoq_Pdot
Dapoq_pdot ini rajin memuat naik video masakannya di Instagramnya yang kini mencecah 400 ribu follower.


 4. Rosehayatie kitchen
Kepada penggemar masakan Melayu, anda boleh mengikuti Instagram Rosehayatie, kerana dia begitu sinonim dengan resipi masakan Melayu. Antara video makanan yang popular adalah, sambal ayam, tempoyak ikan patin dan sambal udang petai.

Raffie Yusoff yang merupakan pemilik perniagaan Indulge By Coco ini seringkali dilihat memuat naik video masakan di laman Instagramnya. Anak kelahiran Terengganu ini boleh dijadikan sebagai contoh kepada orang ramai kerana berjaya memiliki kafe sendiri pada usia yang masih muda.


Sebagai seorang blogger terkenal, Azie Kitchen tidak melepaskan peluang memuat naik video masakan di Instagram. Dia telah banyak mempromosikan produk masakan Malaysia. Walaupun tidak aktif memuat naik video di laman sosial seperti Instafamous yang lain, namun ruangan blog Azie Kitchen masih menjadi rujukan kepada peminatnya.


Selegram masakan yang semakin meningkat naik, popular di TikTok, jejaka cute  dengan instagram Shafiqcute ini rajin sekali upload video masakannya dirumah.

Video masakan yang dimuat naik oleh ShafiqCute tidak terhad kepada hidangan barat, namun turut menghidangkan menu tempatan. Kepada mereka yang ingin mengikuti cara masakan AdikFoods dengan lebih jelas, bolehlah melayari laman ShafiqCute.

 
Dah siapp!! trademark 'dah siap' yang sering diungkap di akhir-akhir video masakannya menjadi signature video masakan Adikfood.


Gadis bernama Sara ini gemar memuat naik foto masakan di Instagram miliknya yang mempunyai 350K pengikut. Walaupun masih muda, kemahiran memasaknya tidak kurang hebat berbanding Instafamous yang lain. Malah, hidangan yang disediakannya pasti membuatkan pengikutnya terliur.

 
 
10. Ashhryyy
Dengan jumlah pengikut di instagram melebihi 100 ribu follower, sebaik melihat sahaja foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Ashhryyy, pastinya ramai akan berasa lapar, kerana hidangan yang dimuat naik kelihatan menarik dan menyelerakan.

Kepada mereka yang kekurangan idea untuk memasak, anda bolehlah mengikuti akaun Instagram Ashhryy anak muda lincah ini tidak kurang hebatnya.


NUR Hidayatul berkongsi pelbagai resipi dan kaedah memasak di laman YouTube miliknya, Limau Nipis.

Pengorbanan ibu kepada dua anak, Nur Hidayatul Akma Sazli, 30, meletakkan jawatan sebagai jurutera petroleum demi menjadi suri rumah sepenuh masa tidak sia-sia selepas memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan hanya dengan menjadi Youtuber. Bermula dengan keseronokan, Nur Hidayatul menggunakan kemahirannya untuk berkongsi pelbagai resipi dan kaedah memasak di platform YouTube miliknya iaitu Limau Nipis. 






Cik Wani kitchen menjadi salah satu laman Instagram yang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak, kerana dia akan menjelaskan cara-cara memasak dengan teliti. Selain itu, Cik Wani Kitchen juga ada berkongsi resipi menyediakan kuih-muih seperti apam beras, pisang goreng, serta ubi goreng.



15. Chef Dave

Buat mereka yang tercari-cari resipi vegatarian, follow rapat Chef Dave kerana sajian yang disajikan merupakan seleksi hidangan yang di vegankan di samping kefasihan dan kepetahannya bersembang dalam bahasa melayu di dalam video masakannya membuatkan orang tonton video masakannya sampai habis.


Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post