8 Bahan Toksik Yang Dikesan Mencemarkan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac.

8 Bahan Yang Dikesan Mencemarkan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang



Jadi jom kita selongkar bahan toksik yang dikesan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

1. Acrylonitrile 



  • Tidak berwarna dan tidak menentu dengan bau seperti bawang merah
  • Digunakan untuk hasilkan getah, resin, plastik, elastomer dan serat sintetik


Kesan : Sakit kepala, loya, pening, kesukaran bernafas, sawan dan pengsan

2. Toluene




  • Jernih dan tidak larut air
  • Bau seakan penipis cat (Thinner)
  • Untuk menghasilkan benzena
  • Digunakan sebagai bahan mentah industri dan pelarut


Kesan : Sakit kepala, loya, pening, kesukaran bernafas, sawan dan pengsan.


3. Benzene



  • Mudah terbakar dengan bau yang manis
  • Meruap dengan cepat apabila terdedah ke udara
  • Digunakan dalam industri yang berkaitan dengan petrol


Kesan : Menyebabkan Kanser

4. Xylene

  • Tidak berwarna, berbau manis
  • Berlaku secara semulajadi dalam petroleum, arang batu dan tar kayu
  • Digunakan dalam industri dan teknologi perubatan sebagai pelarut


kesan : Mengganggu sistem saraf, sakit kepala, pening, mual dan muntah


5. Limonene




  • Tidak berwarna
  • Sebagai bahan tambahan dan aroma dalam makanan, produk pembersihan dan minyak wangi


Kesan : Menyebabkan dermatitis

6. Acrolein


  • Jernih atau kuning dengan bau terbakar dan manis
  • Mengawal pertumbuhan tanaman bawah air


Kesan : Kerengsaan mata, hidung, tekak, paru-paru, perut dan kulit

7. Metana 
  • Tidak Berwarna dan tidak mempunyai rasa
  • sebagai bahan api untuk ketuhar, rumah pemanas air, kiln, kereta, turbin

Kesan : loya, muntah, pengsan, sakit kepala, dan kematian


8. Hidrogen Klorida
Gas pada suhu bilik
Digunakan dalam industri kimia sebagai reagen
Kesan : Mengakibatkan pengumpulan cecair dalam paru-paru, Kematian

Kredit : Astro Awani
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post