4 Langkah Mudah Halau Semut Dari Panjat Meja Makan

Dah siap masak lauk banyak-banyak, letak atas meja tutup dengan saji tapi bila nak makan tengok penuh dengan semut. Memang tension kan bila ada kejadian macam ni.

Itu belum bila semut masuk dalam bekas tempat simpan air, tempat gula dan segala bekas. Mulalah takde mood nak masak apatah lagi kalau dah macam-macam cara buat tapi semut tetap naik atas meja atau table top.


Kalau guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula ya. Ia adalah cara kreatif yang dikongsi netizen dalam media sosial. Tak susah pun untuk praktik.

Guna stoking lama

Caranya hanya guna stokin lama dan juga penyembur halau serangga.

1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dan tak pakai.


2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.

3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon.  Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.

 

4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.


Kredit: Puan Zai

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. dah tengok tip halau semut, tapi ada lagi ke tip untuk menanganiya dgn lebih efektif

    ReplyDelete
Previous Post Next Post