Hati-Hati Jalan Di PERAK Sebab Ada LUMUT, Ini Dia Koleksi Nama Tempat Di Malaysia Yang Jadi Ayat Lawak

Trending di media sosial apabila ada yang posting.. "Hati-hati jalan di perak sebab ada lumut." Inilah specialnya twitter, lawak-lawak macam ni yang memang sempoi boleh tular sampai ke media sosial lain.

Bukan sahaja lumut, tapi nama tempat lain seperti janda baik, padang besar, parit buntar, Gajah Mati, Pokok Sena, Bukit Katil dan banyak lagi.
 

Jadi jom kita selongkar, koleksi ayat lawak menggunakan nama-nama tempat di Malaysia

Negeri Sembilan

Orang negeri sembilan semuanya berharga Sebab depa ada "NILAI" 

Perak 

Datang ke perak kena hati-hati Sebab ada "LUMUT" nanti takut tergelincir

Datang ke Perak hati2 ye kome, takut2 terjerombab dalam Parit Buntar.


Pulau Pinang

Nak rasa roti sapu mentega paling berbaloi harga ada di pulau pinang. Namanya Butter Worth.



Datang penang bawak lastik sebab ada burung bayan lepas.

Kedah 

Kalau datang kedah hampa jangan nak buat hal Nanti takut kena "BALING" 

Datang Kedah bawa nasi je sebab Langkawi dah ada Kuah

Nak p kedah jangan bawak benda manis sebab sana ada kota sarang semut.

Kat kedah xdak Gajah sebab GAJAH MATI, LANGGAQ,POKOK SENA tanam kt KUBUQ PANJANG..

Kalau nak pergi kedah hati2 nanti sampai kena BALING

Mai langkawi jgn lupa bawak beras, sbb kami ada beras terbakaq ja hampa

Pi langkawi bawa teh milo kopi jer air hangat dah ada d langkawi.

Kalo anda ada masalah kewangan.. datanglah ke kedah.. kami ada Bukit Wang.. 

Datang Alor Setar tak perlu terburu buru, kami memang Ber-Seri Menanti kedatangan kalian

Perlis

Mai perlis ramai2 tok sah risau..luas.boleh dok padang besaq. 

Dtg perlis bwk bola je sbb dh ada padang besar

Pahang

Dtg pahang jangan bawak bini Sbb ada janda baik punye hahaha

Datang Pahang kena bawak passport sbb sini ada kg new Zealand 😂😂 

Dtg pahang kna pakai baju perisai bile mandi sungai...nty kna sungai lembing...

Terengganu

Kalau nk tgk ikn jerong xpyh g tgh2 laut sbb dekat marang tganu ni ad jerong boleh jer dtg nk tgk..

Mari terengganu bawak duit lebih sebab takut kena chukai

Datang terengganu tlg bwk batu lawa2 skit...kt sini kami dh puas tgok batu buruk..

Kelantan

Datang kelantan stnby tisu je sebab korang mesti menangis bila sampai kuala cry

Datang Kelantan bawa guni Sebab nanti boleh kaut pasir mas

Sabah

Nak pesan, kalau pegi Sabah jangan bawa pasangan sebab nanti dia Manggatal



Datang ke sabah hati2..jngn p Menggatal(kk).. Ada org nnti Menumbuk.(dekat kuala Penyu.).jangan Angan Angan.(keningau) Nnti ada Cinta Mata(tenom)

Johor

Datang Johor diminta bawak Coway  sebab Aiyer Hitam kat situ.. hmmm 

Datang johor jangan lupa bawak gula pasir sebab kat sana Air Tawar 

Orang jahat hati2 datang ke johor sbb kami ade kluang man 

Pergi Muar hati-hati sebab ade satu parit tu asal g mesti botak.Parit botak nme nye

Jika ke johor berhati2 memandu bawa kete takut mati ter Kulai

Pi Johor jgn pakai brg emas mahal-mahal, takut nnt Gelang Patah.

Melaka

Datang Melaka jangan lupa minum Cuckoo sebab Ayer Keroh Kat Situ.

Datang melaka tak payah risau nak tidur mana ade bukit katil



Sarawak

Datang Sarawak jgn risau kena kejar anjing, sbb kita ada Kuching jerr 

Pergi sarawak jangan lupa bawak friskies.... nanti kuching2 kat sana tak manja ngn kita

Kalau tanya penduduk Sarawak soalan, depa mesti tak bagi jawapan. Sebab depa dok Tatau.

Kat sarawak kena hati-hati masuk, baca byk ayat2 perubatan, sebab ada Lubuk Antu.

Kuala Lumpur

Kalau datang KL hati2.nanti kena kepong.

Kalau rasa nak malas keluar jauh-jauh, Pergi Setapak. Pg mana2 pon setapak je. Ok hambar. Finee

Kalau pergi Kuala Lumpur (KL) bawak baju lebih sbb kuala dia berlumpur

Kalau takmau qasa penat pi la Kl, Setapak ja dah sampai😂

Selangor

Datang selangor jangan lupa pakai spender, nanti batang berjuntai hihih

Jangan lupa bawah panda bila turun selangor sebab sana ada sungai Buloh.

Dtg selangor bawak guli sebab depa ada Sg. CONGKAK


P/S : Ada yang kick ada yang hambar..tapi masing-masing mencuba!

Heheh begitulah keunikan nama-nama tempat di Malaysia ni. Setiap satu tu membawa kisah dan ceritanya yang tersendiri. Bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan atau tempat yang disebut ni pasti tersenyum je bila baca ayat-ayat di atas kan

#mereciqhawaumakkohijauuu

Kredit : Twitter / Facebook
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post