5 Maksud Perbezaan Huruf, Warna, Simbol Pada Papan Tanda Jalanraya Yang Terdapat Di Malaysia

Kalau anda perhatikan papan tanda jalan di Malaysia terdapat pelbagai jenis warna, simbol, huruf dan sebagainya. Kadang-kadang anda terfikir tak apa maksud sebenar warna, simbol dan huruf tersebut.

Sebenarnya, papan tanda ini ada maksud-maksud tertentu dan kami yakin mesti ramai tak tahu tentang perkara ini. Jadi apakah maksud sebenar perbezaan papan-papan tanda ini? Mari kami kongsikan.

Tahukah anda, papan tanda yang anda lihat sebenarnya ada tanda tertentu untuk membezakan jalan raya ataupun nama jalan atau kawasan.
 
1. Warna yang berbeza pada papan tanda mewakili jenis jalan raya yang berbeza

Papan tanda berwarna biru mewakili jalan persekutuan yang tidak bertol, negeri dan perbandaran jalan raya. Manakala papan tanda berwarna hijau, mewakili lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja.

 

2. Perbezaan jenis jalan raya mempunyai huruf laluan dan nombor yang berbeza

Expressways bermula dengan huruf E contohnya E2. Manakala jalan persekutuan menggunakan digit seperti 51. Jalan negeri pula menggunakan kedua-duanya iaitu huruf dan nombor. Contohnya N9 untuk jalan di Negeri Sembilan.
 

3. Perbezaan warna huruf pada papan tanda menunjukkan samada nama jalan atau nama kawasan.


Huruf kuning menunjukkan nama jalan. Huruf putih pula menunjukkan nama Bandar atau kawasan.
 

4. Nama destinasi pada papan tanda disusun dari atas ke bawah dengan berjarak
Nama destinasi bahagian paling atas adalah paling jauh dan di bahagian bawah adalah yang terdekat.

 

5. Papan tanda yang berbeza mewakili destinasi yang berbeza


Huruf putih berlatar belakangkan papan tanda berwarna hijau bermakna untuk tarikan pelancong. Papan tanda berwarna maroon dan huruf berwarna putih juga untuk pelancong. Manakala huruf berwarna oren dan papan tanda berwarna hijau adalah institusi kerajaan.

Kredit : Sinar

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post